Friday, May 16, 2008

Prolog 2: Embun Pagi

"Aku kembali"
Dengan mengerakkan tulang 4 keratnya,dia cuba gagahi dengan mengerakkan tubuh badan yang 6 jam
36 minit shutdown dan sekarang nak mula restart.
Menggigil dan lemah seluruh badannya.Bangun seawal pukul 5.00 pagi memang meletihkan bagi
sesiapa sahaja,hanya Allah yang tahu betapa susah dan payahnya merungkai ikatan yang membelengu
kita tika roh baru kembali ke jasadnya.
Tapi atas rasa tanggungjawab pada-Nya yang harus digalas,Shawal gagahi jua kepayahan itu
..mencapai tuala diampaian,dia terus ke shower.
15 minit kemudian, seorang jejaka kacak lengkap berpakaian kemas kini bersedia untuk memulakan
harinya yang indah..
Sambil menyapu wap air yang meruap di cermin..Shawal tersenyum buat pertama kalinya untuk hari
ini. Menguntum senyum paling indah untuk dirinya. Allah masih mengizinkan aku berjejak dibumi-
Nya.
"Kacakkah aku?" Dia tersenyum bersendirian di depan cermin sambil bertanya pada dirinya.
Perasan.!
0530am
Waktu subuh kian menjengah.
Lampu ruang membaca masih terpadam.
Sambil meraba-raba,tangannya tercapai helaian akhbar.
"Mungkin akhbar semalam".
Tarikh semalam,Ahad 10 April 2007
Dia mengeluh sambil meraba-raba dan menyusun kembali akhbar dan kertas-kertas yang berselerak di
atas meja .Dia meletakkannya kembali di ruang bawah coffee table. Bersepah! " Ini tentu kerja Azli".
Dia mundar mandir dan terus berjalan menuju ke balkoni
Sambil membuka sliding door ..
Angin dari luar terus menerpa wajahnya
"Sejuknya!"