Sunday, January 18, 2009

Fragmen 22 : Cemburu!

Sehelai demi sehelai lembaran surat tadi diselak.
Bagaikan ada yang tidak kena dengan kandungan surat itu. Dia merasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh ahli keluarga Elissa sehingga apa yang tertulis dalam surat yang diterima daripada Azli di sangkal kebenarannya oleh mereka.
Pasti ada sesuatu.Hatinya mula bermain teka teki. Seperti bermain Sudoku di akhbar,pasti ada jawapan di sebalik persoalan.
Zahid yang dihubungi sejak tadi pun belum membalas panggilannya. Rasanya sudah beratus kali dia cuba menghubungi Zahid, cuma yang didengari dihujung talian hanyalah caller ringtone 'Tak Mungkin Berpaling nyanyi kumpulan Slam.
Jiwang betul mamat ni sejak berputus kasih dengan bekas isterinya, Khadijah.
Zahid melafazkan talak setelah mengetahui Khadijah bermain kayu tiga. Itupun jika benar apa yang disangka dan baginya,Khadijah merupakan seorang isteri yang sempurna. Tiada apa yang cacat dan cela dalam penglihatannya. Khadijah merupakan rakan sekuliahnya ketika masih menuntut di pusat pengajian tinggi dan ketika itu,selain Elissa dan tanpa Elissa, tentu Khadijah juga ingin diperisterikannya.Tapi Zahid lebih awal mengatur strategi, dan jika tidak..
"Tentu Khaty menjadi milikku!" Fikirkannya kembali mengimbau kenangan lama, dan tiba-tiba wajah Elissa juga muncul bersama imbauan itu. Senyumannya tadi makin pudar.
Kerana cemburu,sepupunya kita menjadi duda beranak tiga.
Tetapi persoalan lain yang muncul.
"Adakah aku duda?" Hatinya tertanya-tanya dan tanpa Zahid, persoalan ini tidak terjawab dan fikirannya makin kusut memandangkan tarikh penilaian pembedahannya makin dekat dan jika perkara ini menghantuinya, tentu dia belum bersedia untuk menempuhi kemungkinan lain.
Pembedahan otak memang mempunyai risiko yang tinggi, dia tidak mahu hilang ingatan buat kali kedua jika mengetahu isterinya masih hidup.
Allah! Inikah ujian Mu kepada hamba Mu!

Fragmen 21: Menanti Esok! (Imbas kembali)

Zahid terkejar ke sana ke sini.
Mengarah dan menjerit.Dia bagaikan orang yang sedang dirasuk.
Segala tindakan mereka bagaikan salah di matanya.
Hari ini merupakan detik terakhir sebelum pementasan drama bermula.
Zahid mula resah melihat persiapan pentas oleh Elissa.
Banyak lagi yang belum siap dan semua ini memerlukan komitmen yang tinggi terhadap tugas yang di amanahkan.Tapi masih belum bersua kelibat Elissa. Ada yang tidak kena terhadap diri Elissa sehingga mengabaikan tugas yang diberi. Seluruh rasa sesal mula meraja dirinya melihat semua persiapan belum sempurna. Ada ruang pentas yang masih belum bercat, susun atur dinding dan perhiasan masih seperti semalam. Kosong dan tidak terusik.
Dia marah. Dia sangat marah.Banyak lagi perlu dilakukan untuk menghadirkan sebuah set pementasan drama yang hebat sempena sambutan jubli intan kolej kediamannya.
Elissa masih belum muncul-muncul sejak pagi tadi. Sudah beratus panggilan telefon dan mesej pesanan ringkas di hantar, tapi tiada satupun dijawab dan berbalas.
Bilik Elissa juga berkunci seperti apa yang disampai kepadanya oleh Jamilah, rakan sekuliahnnya.
Semua masih mencari Elissa.Hilang entah ke mana.
Ada sesuatu yang tidak kena pada Elissa. Zahid seharusnya mencari pengganti Elissa bagi melengkapkan persiapan pentas.Tiada calon yang sesuai bagi pengganti Elissa selain sepupunya sendiri ,Shawal.

Thursday, January 15, 2009

Fragmen 20: Persoalan Demi Persoalan!

Persoalan demi persoalan masih berlegar di fikiran Shawal.
Apa yang disoal oleh Dr.Chandra tadi bagaikan menyingkap persoalan baru dari penceritaan dirinya.
Persoalan itu telah merungkai kembali seribu persoalan dan menjawab segala pertanyaan.
Kenapa Azli diam seribu bahasa tika pertanyaan berkaitan Elissa diutarakan.
Adalah Elissa masih hidup?
Apa yang dapat dipastikan berdasarkan apa yang terjadi.
Elissa telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 2 tahun lepas dan mengikut laporan polis yang telah dibuat oleh saksi kemalangan dan pihak polis.Mayat isterinya masih gagal ditemui dan sehingga kini tiada tanda-tanda memungkinkan isterinya masih hidup.

"Maafkan aku Shawal, Elissa telah lama meninggalkan kau.Dia meninggal dunia ketika kemalangan itu." Itulah butiran kata-kata Azli yang masih berbekas dalam luka hatinya.
Tiada apa yang Shawal dapat lakukan kala dia mendengar perkhabaran sedih itu dari Azli. Setahun dia terbujur kaku di atas katil hospital tanpa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di dunia ini.
Semuanya indah ketika dia dalam dunia mimpinya.
Jika dia tahu Elissa sudah lama meninggalkan dunia ini,tentu perasaaannya di hantui rasa sesal dan sedih dan akan bingkas bangun bagi mencari kelibat isterinya.
Dia akan terus menjelajah seluruh isi bumi,seluruh dasar lautan.
Dan jika Allah izinkan dia bertemu hanya sekujur tubuh yang tidak bernyawa.
Dia pasrah menerima ketentuan Ilahi.
Semua itu sudah terlewat baginya.
Setahun berlalu,semua yang terjadi tetap terjadi dan apa perkara yang telah berlaku.

Tika matanya mula-mula disimbah cahaya dan rohnya kembali ke jasad setelah koma.
Dia seakan insan baru yang hanya mampu mendengar, ingatannya pula seolah-olah dikunci.
Dia hanya dapat mengingat sesuatu jika apa yang berlaku seakan-akan pernah dia alami.
De Javu mungkin satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan yang Shawal alami ini.

Pertanyaan Dr.Chandra tadi membuka telah membuka satu lagi kunci dalam pintu mindanya.
Isterinya masih hidup?..
Tapi mampukah dia mencari Elissa? ..
Dia akan cuba mencari jasad Elissa walau tanpa ada daya seperti insan lain.
Penglihatannya memungkinkan Shawal hanya mengerakkan tulang empat keratnya.
Allah telah mengambil nyawa Elissa dan kini harga yang harus di bayarnya adalah hidup tanpa cerahnya cahaya dunia.
Dia dapat melihat dunia dengan samar-samar cahaya yang menyuluh wajah dan jiwanya.
Jika ingin bersiar-siar atau melakukan aktivit seharian, dia harus berteman kerana dia hanya mampu melihat jasad-jasad kosong tanpa rupa ,warna-warna yang pudar tanpa warna.Ini semua telah membataskan zahir dan naluri Shawal menikmati keindahan dunia.
Dunianya kini seperi berada dalam bilik yang berkabus dan benar juga apa kata Azli." Rabun kau ni lebih dasyat daripada rabun ayam!"


***
"Ya! Kami pasti jazad Elissa tidak ditemui! Hampir seminggu anggota-anggota penyelamat mencari Elissa. Mereka menyelam ke dalam lombong itu dan juga mencari kat kawasan berhampiran gaung.Tapi kami semua gagal menemui apa-apa bukti Elissa masih hidup. Apa yang kami jumpa cuma telefon bimbit Elissa dan juga berapa barang-barang peribadi milik kau berdua.Tiada tanda ada orang lain memindah mayat Elissa atau telah muncul di tempat kejadian. Gaung itu terlalu dalam dan jauh ke bawahnya terdapat sebuah sungai yang luas dan dalam.Pihak polis buat mengklasikasikan kes ini kemalangan misteri dan menentusahkan Elissa telah meninggal dunia ditempat kejadian disebabkan bukti menunjukkan mungkin jazad Elissa tenggelam di dasar atau di bawa arus sungai . Selama dua minggu kami berusaha, Keluarga Elissa dan keluarga kau membuat keputusan untuk melakukan sembahyang jenazah ghaib dan segala urusan pengkebumian di uruskan oleh keluarga Elissa sendiri. Apa yang aku ingat,selepas itu keluarga Elissa telah berpindah keluar negara.Mungin sedih selepas kehilangan Elissa dan juga apa yang telah kau lakukan pada Elissa." Jawab Azli tanpa berselindung. Raut wajahnya serius untuk mengiyakan apa yang dikatakan olehnya.

"Apa! Apa salah aku Lee.? Apa yang telah aku lakukan pada Elissa? Kau jangan buat aku makin sedih!! Semua perkara itu sudah lama menghukum aku. Tapi kenapa kau masih menyatakan aku yang bersalah dalam perkara ini? Why? Why?" Perasaannya Shawal dihurung rasa hiba, suaranya makin tenggelam di dalam sebak dan sendu hatinya.

"Sebenarnya Shawal,ada sesuatu aku sembunyikan daripada kau. Aku rasa sudah sampai masanya aku berterus terang! Hopely kau faham dan bersabar!"
Azli cuba menenangkan perasaan Shawal dan kemudiannya bingkas bangun sambil mencari-cari sesuatu di meja bacaannya. Dikeluarkan beberapa helai kertas di sebalik timbunan kertas-kertas lain.
"Nah! kau baca ni! Aku jumpa ini ditempat kejadian ketika mula-mula sampai kat situ.Itupun selepas dapat call dari polis untuk datang ke tempat kejadian. Kertas ni aku jumpa di celah seat kereta selepas kemalangan. Kau orang kedua aku tunjukan selepas kemalangan tu. Harap ini mengingatkan kau pada sesuatu."
Azli menyerahkan kertas itu dan terus bingkas bangun menuju ke sofa di depan TV.
Seketika kemudian terdengar nyanyian sumbang di kaca TV. Malam ini ada Akademi Fantasia!
Pasti penyanyi itu akan tersingkir pada minggu ni. Azli memang peminat setia AF.

Terganggu seketika tumpuannya di kaca TV dan dia mengalih kembali pandangannya di atas kertas yang diserahkan oleh Azli tadi.
Isi kandungan surat itu dibaca dan tiba-tiba dunia bagaikan kelam dan penglihatannya juga kian kabur dengan linangan air mata.
"Bila masa aku ceraikan Elissa?"
Persoalan baru kini muncul.
Kenapa dalam rekod perubatan dia tidak dijelaskan bahawa isterinya telah meninggal dunia dan mana mungkin dia berpisah talak dengan Elissa sedangkan hanya maut dapat memisahkan cintanya dia dan Elissa.
Apa sebenarnya yang telah berlaku?

Wednesday, January 14, 2009

Fragmen 19: Cinta Kita!

"Kalau saya mati awak kahwin lain tak?"Soal Elissa sambil diraut wajahnya serius menanti jawapan dari Shawal
"Ishk! kalau saya tak kahwin lagi la bahagia. Tak payah keluar shopping! Tak payah teman awak pegi dinner? Duduk kat rumah tengok TV." Jawab Shawal acuh tak acuh sambil ketawa besar.
"Kita serius ni! Ingat kita main-main ka?" Elissa menghempaskan baju yang dipilihnya tadi di atas kaunter pembayaran. Juruwang terpinga-pinga dan mula rasa gelisah. Mungkin takut menjadi saksi perang yang akan mula meletus.
"Awak ni pun,kalau nak tanya soalan ataupun nak marah jangan la kat depan Cik Mastura ni!" Sambil mata Shawal melirik membaca tanda nama yang dipakai oleh juruwang. Cantik juga awek ni. Manis dengan bertudung putih. Tetapi Elissa lagi lawa.
"Sorry Cik Mastura! Isteri saya memang macam ni! Berapa yek tadi?" Shawal mengeluarkan kad kreditnya dan kemudiannya menurunkan tandatangan pada resit pembayaran." Terima kasih!" Shawal mengangkat beg tertulis"Jusco" tu sambil memegang kembali tangan Elissa. Tetapi pegangan tangan Shawal dilepaskan oleh Elissa. Elissa memaling jauh wajahnya dari Shawal dan memulakan langkah menjauhi Shawal.
Merajuk la tu.
" Saya gurau aja awak! Kalau awak dah takde kat dunia ni.Hati dan cinta saya juga akan turut menemani awak. Mungkin yang tinggal dalam diri saya masa tu.Sunyi tanpa wajah yang saya cintai" Jawab Shawal jujur sambil mencapai kembali tangan Elissa. Rajuk hati perempuan tidak mudah diduganya. Dia harus hentikan segera salah faham ini.Harusku pujuk hati mu!
Senyuman kembali bertaut diwajahnya. Dengan senyuman itulah hatinya tertambat dan dengan senyuman itu juga harga cintanya dibayar.

Shawal masih ingat saat bahagianya bersama Elissa sebelum kemalangan itu. Tetapi kini persoalan kembali berlegar difikirannya.Cinta ulungnya kini mula disingkap kembali.Adakah Elissa masih hidup.Mungkin itu hanya harapan.

Fragmen 18: Persoalan Itu!

Sesi pertama kini bermula.
Hampir lima minit Shawal menanti di atas kerusi empuk di bilik hawa dingin.Kelibat Dr.Chandra belum kelihatan. Pintu kemudiannya dibuka.Senyuman Dr.Chandra menghilangkan resah dihatinya. Dr.Chandra menghulurkan tangannya berjabat salam dengan Shawal sambil
mengeluarkan dokumen yang tersimpan di dalam fail yang dibawanya. Sambil membeleknya sepintas lalu,dia menyerahkannya kepada Shawal.
"En. Shawal,pihak kami telah berpuas hati dengan hasil penilaian yang telah kami lakukan terhadap En. Shawal,cuma masih terdapat perlbagai persoalan yang belum terjawab dan harapan kami agar En.Shawal menjawab dengar sejujurnya pertanyaan kami ini. Boleh? Semua itu ada tertulis pada borang ditangan En.Shawal"
"Kalau soalan itu membantu dalam proses penilaian ini, saya sedia membantu" Jawab Shawal sambil membelek borang yang diserahkan oleh Dr. Chandra. Banyak butiran yang perlu diisi dan dibenak fikirannya masih belum jelas,apa yang akan ditanya oleh Dr.Chandra.Semua yang terkandung dalam dokumen itu terlalu rumit untuk diperhalusi. Setiap baris perkataan di bacanya dan matanya kini tertumpu kepada tulisan yang ditaip dalam font italic

"Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan dan kesilapan yang akan berlaku,sebarang tuntutan atas kesilapan,kemalangan ataupun kecuaian pihak kami atau pihak ketiga adalah menjadi tanggungjawab penama itu sendiri.Sebarang urusan berkaitan tindakan undang-undang ataupun jaminan-jaminan lain mestilah merujuk kepada syarat-syarat yang dilampirkan"

Tiada apa yang harus dirisaukan oleh En.Chandra kalau soalan ini yang akan ditanya.

"Maksud En.Chandra, kalau ada kemalangan atau kecuaian,pihak hospital tak bertanggungjawab ker?"
"Ohh!! Itu bukan soalan yang akan saya tanya, perkara itu hanya prosedur biasa jika berurusan dengan pihak kami. Lagipun syarat-syarat itu tidak merugikan mana-mana pihak dan jika berlaku sebarang kemungkinan buruk pun,En Shawal masih dilindungi insuran peribadi . So tiada banyak masalah bagi pihak En.Shawal." Jawab Dr.Chandra sambil menampakkan barisan gigi yang putih. Sambil menyisirkan rambut yang mula menutup dahinya,dia menyambung bicara.
"Sebenarnya pihak kami ingin mengetahui sejelasnya bagaimana kemalangan itu berlaku dan kenapa pihak kami masih gagal menghubungi isteri En.Shawal selepas kemalangan itu?"
" Isteri saya masih hidup?"

Thursday, January 8, 2009

Fragmen 17: Aku Tahu!

" Azli kau dah siap ka? Cepat sikit! aku dah lewat ni"
"Sekejab! Sikit lagi,dah nak settle ni" Kedengaran suara Azli disebalik kamar mandi.Air yang turun laju dari pancuran jelas kedengaran dari luar. "Adoi!" kemudiannya terdengar suara Azli mengaduh dan terdiam seketika.
"Hoi,apa kau buat tu?" Soal Shawal sambil mengetuk pintu kamar mandi berkali-kali.
"Aku ok! ngah shave!" Azli menjawab dan kemudiannya suasana dalam kamar mandi mula sunyi. Terdengar bunyi pancuran air ditutup. 2 minit kemudian pintu dibuka.
"Ok! sekarang kau boleh masuk! Hati-hati sebab lantai licin sikit, aku terlebih guna sabun!"
"Apa kau buat dengan dengan sabun tu?" Soal Shawal sambil tersenyum
"Shave form abis,aku guna la sabun" Jawab Azli sambil menumbuk bahu Shawal. "Kau jangan fikir bukan-bukan pulak!" Shawal ketawa sambil menutup pintu kamar mandi. Gembira hatinya dapat mengusik Azli. Sedikit sebanyak dapat mengubat rasa resah di hati. Hari ini merupakan detik yang penting bagi dirinya.
Jam dinding sudah pukul 8.15 pagi Hari ini dia lewat bangun lagi.Mungkin sebab semalaman dia resah menanti pagi dan pagi hampir menjelang,dia terus hilang dalam mimpi. Matahari sudah meninggi ketika Shawal mula melaungkan takbir subuh . Cahaya pagi mula menerobos melalui langsir yang dibuai angin.
10.30 pagi.15 Mac 2007.
Temujanji pertama sebelum pembedahan dilakukan.
Hari ini merupakan satu hari yang paling mendebarkan untuk Shawal. Baginya,tiap langkah pertama pasti mengubah segalanya dan tiap langkah seterusnya yang dia akan ambil pasti memerlukan sebuah pengorbanan. Dia tahu harapannya untuk sembuh adalah tipis. Tapi siapa tahu,Allah S.W.T yang lebih tahu.

Tuesday, January 6, 2009

Fragmen 16: Hadiah Ini

"Kau ok ka sekarang, apa Dr Chandra cakap tentang penyakit kau?"
"Dia kata semua ok cuma aku kena attent dua tiga kali lagi sesi penilaian sebelum doktor panel buat keputusan.Dia cakap kalau semua berjalan lancar,by April maybe pembedahan akan dibuat.Ko doakan aku yek!"
"Dont worry my friend! Aku tiap malam jumaat baca yasin kat kau!"
"Thanks! Tapi bukan baca yasin untuk orang yang dah nazak dan orang yang dah mati ka?"
" Ye ker? Taklah.Niat bacaan kita yang penting. Macam kita baca Al-Quran.Tiap surah dan ayat ada makna berbeza, dan setiap bacaan kita akan dapat pahala. Dan kalau niat untuk sedekahkan bacaan kita kepada orang yang dalam kesusahan.InsyaAllah. Sampai la pahala tu"
"Bagus gak kau ni,banyak ilmu.."
"Aku kan A1 dalam pendidikan Agama Islam,tentu la tahu..he..he"
"A1 pun kalau masa ustaz mengajar kau usha awek lalu lalang tepi koridor kelas,mcm mana la nak dapat berkat,ilmu ada..tapi perangai mcm hantu..he..he"
"Yolah! kau aja yang baik" Terdengar dengusan kuat nafas Azli dan seketika kemudian,dia bangun sambil mengangkat gelas yang hampir kosong di atas meja. Jug berisi fresh oren itu masih berbaki.Azli biarkan.Mungkin Shawal belum abis minum. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi bising di singki. Riuh rendah dengan bunyi pingan mangkuk berlaga.
"Sah! Tengah basuh pingan mangkuk sambil marah,perangai mcm perempuan datang bulan!" Bisik Shawal dalam hatinya sambil ketawa kecil.Dia sudah masak dengan perangai Azli. Lima tahun tinggal bersama Azli bagaikan seketika rasanya dan setiap telatah dan gelagat Azli terakam di fikirannya walaupun penglihatannya tidak sesempurna dahulu.
Sambil meraba gelas dan jug dia atas meja, dia menuang fresh oren yang masih berbaki itu ke dalam gelasnya.
Gelas di tangan dipusing-pusing sambil di mindanya ligat memikirkan sesuatu.
Dia masih teringat lagi kata-kata Dr Chandra padanya.Semuanya tersimpan rapi dalam ingatannya tanpa ingin dikongsi. Biar Azli tidak tahu.
"Awak perlukan pembedahan segera disebabkan ujian MRI minggu lepas menunjukkan wujud tanda-tanda darah beku masih ada.Kami risau kalau ini dibiarkan akan menganggu sistem saraf utamal. Berkemungkinan En Shawal akan hilang penglihatan seumur hidup. Cuma apa yang kami dapat usahakan adalah supaya pembedahan dapat dilakukan dengan kadar segera.Harap En Shawal uruskan apa-apa yang perlu bagi memudahkan urusan pihak kami."
"That ok! Doktor. Saya akan cuba selesaikan semua urusan itu sebelum minggu depan.Nanti saya call.Thanks sebab sudi berterus terang dengan saya.Tapi jika saya dapat melihat lagi dan pembedahan itu berjaya,adakah tanda-tanda lain yang memungkinkan simpton ni berulang?"
"Jangan risau En.Shawal.Kita akan berusaha sebaik mungkin dan selebihnya mungkin bergantung pada Tuhan untuk En.Shawal. Apa yang kami tahu setakat ini,semuanya berjalan lancar.Tiada simpton baru kami kesan. En Shawal orang pertama yang mengalami kecederaan seperti ini tetapi masih lagi mampu melihat,cuma di tidak sempurna macam orang lain.Harapan kami,selepas pembedahan En. Shawal akan sembuh seperti sediakala."
"Terima kasih sekali lagi doktor,semua terjadi adalah anugerah dan hadiah dari Tuhan.Kita mampu berdoa dan selebihnya usaha dari pihak kita untuk perbetulkan semua ini"
"Betul tu En. Shawal, Ini hadiah dari Tuhan"