Tuesday, July 29, 2008

Fragmen 9: Nur Shawal

Ibu kota kembali dengan keriuhannya. Keriuhan itu makin membingit rasa apabila jam tepat menunjukkan pukul 2 petang. Ini menandakan waktu rehat tengahari telah tamat. Seperti penyagak Diesel tersenyum puas melihat tangki lorinya terisi penuh, seperti itu juga kita yang tersenyum puas mengisi perut yang sudah tersedia penuh. Alhamdulillah!
Keriuhan tadi kian sepi dan beberapa ketika kemudian,ibukota kembali tenang.
Episod kedua kini bermula. Perut sudah di isi,tanggungjawab harus di galas.
Shawal masih lagi diam. Tidak bergerak. Masih dibangkunya sambil memegang gelas di tangan. Dia bagaikan tidak menghirau kesibukan di Pasar Seni. Mulutnya tertutup rapat sambil sesekali sekala membuka mulut untuk menghirup air milo kegemarannya. Tidak ada apa yang harus dia kejar, biarlah manusia lain sibuk dengan urusan mereka, dia juga tetap bisu dan sepi. Milo di cawan masih berbaki. Sudah 30 minit dia di situ. Hatinya berbekas rasa resah, menanti kelibat rakannya yang belum tiba.
"Shawal, kau tunggu dekat sini, aku nak gi McD jab. Ada apa-apa yang kau nak pesan? Big Mac?" Shawal mengelengkan kepala.
"Takpalah, orderkan milo untuk aku aja." pinta Shawal sambil membetulkan kaca matanya.
" Mamak milo satu, letak sini.kawan saya mau minum." Pinta Azli dan terus bergegas keluar dan dan kemudiannya hilang.
"Cis! Aku suruh beli milo kat McD, kat mamak pulak ni dia order." Geleng Shawal sambil mengangguk. Geleng kerana telatah rakannya dan mengangguk kerana milo yang di pesan.
Sampai hati Azli tinggalkan dia kat kedai mamak ni.
Shawal dan Azli hari ini terpaksa turun nak pejabat kerajaan dan juga bank untuk mengesahkan permohonan pinjaman mereka.Sehingga kini,harapan dan hasilnya belum pasti. Tebal kulit muka mereka menahan malu, rayuan mereka tetap tidak di endahkan oleh pihak berkaitan. Pinjaman ini atas namanya dan mujurlah Azli sudi menemani dirinya untuk meyakinkan pihak bank bagi memberi pinjaman perniagaan. Adalah sesuatu yang agak mengecewakan jika layanan yang diberikan tidak seadilnya kepada insan yang istimewa sepertinya.
Dia rela mati daripada mengemis untuk mengharapkan ehsan orang lain.
Biarlah dia terus mencuba walaupun ada kata-kata sinis menyuruhnyanya supaya putus asa dan mencuba kaedah lain untuk mencapai hasratnya. Dia tetap tegar.
Baginya,tiada jalan pintas untuk berjaya dan rezeki daripada-Nya adalah untuk semua.
Kita sebagai hamba-Nya harus berdoa dan terus mencuba. Mungkin ada rezeki untuk kita. Mungkin juga hari ini atau esok.
Dia harus merencanakan masa depannya yang sudah lama gelap dan kini dia ingin mencari sinar. Mungkin Nur Shawal ada padanya.

"Sorry bro, lambat!Jom balik,aku tapau Big Mac untuk kau!" Lamuanan tersentak.Suara garau Azli tetiba mengganggu.
Dan Shawal mengangguk lagi. "Jom!"
Azli mencapai tangan Shawal dan dibahu kirinya menggalas beg Shawal.
"Aku lambat tadi sebab ramai sangat orang kat sana, ada rombongan sekolah buat lawatan kat McD."
Shawal tersenyum dan mengiyakan aja. Dia tak pasti samada benar atau tidak alasan rakannya itu. Iyakan aja. Lagipun Azli sorang lah rakanya yang sejati yang sanggup menemaninya dalam suka dan duka. Sejak peristiwa yang lalu,banyak perkara dan aktivitinya telah terbatas. Jika hendak ke mana-mana harus berteman. Jika tidak, tentu sulit baginya untuk bergerak.
Selepas kemalangan itu, hampir 8 bulan dia terlantar di hospital. Kini pun dia belum betul-betul sembuh. Masih bertongkat dan yang paling merisaukannya, penglihatannya kian kabur dan memerlukan bantuan orang untuk bergerak ke mana-mana. Dia perlu memakai kaca mata hitam atas nasihat doktor dan berdasarkan pemeriksaan perubatan,dia mungkin akan sembuh sepenuhnya. Cuma masa yang menentukan.
Walaupun harapannya untuk sembuh cuma 50-50, ianya tetap sebuah sinar dalam menyuluh jalan gelitanya.
Seperti kata Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein dalam novelnya Imam.

" Perubahan itu seperti cahaya dalam sebuah ruang kosong di dalam kotak hitam,biarpun seseni zarah pun lubang,iannya tetap akan menerobos keluar."

Dan cahaya itu untuk melihat kembali duniaNya.

Monday, July 28, 2008

Fragmen 8: Cerita Kita

Kereta yang dipandu Fatin kemudiannya perlahan-lahan memasuki petak parking yang terletak di tingkat bawah. Sambil mengemas kusyen belakang, dia mengambil beg sandang dan juga beg bagasi Elissa di dalam bonet. Elissa tercegat di pintu lift sambil mendukung Daniel. Daniel masih lagi lena di ulit mimpinya sambil memeluk erat tengkuk Elissa.Terasa lenguh seluruh badannya akibat beban yang ditanggung."Berat juga Daniel ni" Sambil dia menekan butang lift, Fatin berlari-lari anak ke arahnya. "Dah Settle?" Tanya Elissa sambil menghulurkan tangannya untuk mencapai beg di tangan Fatin. "That ok! biar aku yang bawa,engkau kan tetamu aku, tapi 3 hari aja tau, lebih dari tu, engkau lak kena bawa beg aku nanti." Usik Fatin sambil menekan butang '12'. Seketika kemudian, pintu lift kembali terbuka. Fatin mengeluarkan kunci dari tas tangannya dan dengan berhati-hati membuka mangga kunci.Dia risau takut kelibat mereka menganggu jiran-jiran yang sudah lama tidur. Masing-masing perlu rehat yang cukup untuk meneruskan hari esok yang belum menjanjikan suatu yang pasti. Kebanyakkan jirannya berniaga di kawasan pasar berhampiran jalan besar. Seawal 4 pagi mereka sudah bersiap-siap bagi mencari rezeki untuk sesuap nasi. Ada juga dikalangan jirannya bekerja di kilang berhampiran. Sesekali di hujung minggu,dapat juga dia bertanya khabar dan beramah mesra dengan mereka, manakala di hari-hari biasa masing-masing sibuk dengan urusan seharian.Inilah rutin hidup di ibukota.Semuanya sibuk dan menyesakkan.
Fatin meletakkan beg Elissa di tepi sofa dan menyalakan lampu di ruang tamu.
Elissa terpegun."Cantiknya rumah engkau! Macam kondominium ni." Elissa bagaikan terpaku melihat hiasan yang tersusun indah,semuanya hiasan dalam rumah ini sempurna di matanya. Hati tertambat melihat tata rias yang di serikan dengan warna biru kegemarannya. Di hujung ruang tamu tersusun rapi novel dan majalah. Bagaikan sebuah perpustakaan mini. Fatin tersenyum melihat gelagat rakannya yang terpaku melihat hiasan dalaman rumahnya. Dia tahu Elissa sudah lama rindu untuk pulang dan kini hatinya makin berbunga ceria melihat rakan baiknya gembira dapat bertamu di singgahsananya. Fatin mengambil kembali Daniel dalam pelukkan Elissa dan kemudiannya hilang dalam bilik bersebelahan ruang membaca itu. Mungkin ingin menidurkan kembali Daniel yang terjaga akibat terik suluhan lampu kalimantang di ruang tamu. Seketika kemudian Fatin kembali ke ruang tengah rumahnya sambil memerhati Elissa yang sibuk membelek buku dan novel koleksinya di ruang membaca. Kau masih tak berubah Lis! Pantang tengok buku.
"Fatin,kau masih simpan buku-buku kita ni semua.Tak semak ke rumah kau dengan buku-buku yang bertimbun ni?" Soal Elissa sambil menyusun kembali buku yang dia ambil dari raknya.
"Taklah,lagipun nanti Daniel dah besar,boleh baca buku-buku ni semua?"
Elissa mengiyakannya dalam hati. Dia mengangguk-angguk bersetuju dengan pendapat Fatin.
Tetiba hatinya tertambat kembali pada sebuah buku kuning di rak.
Kau masih simpan buku ni,Fat?"
Fatin mengangguk dan mendekati Elissa." Banyak nostalgia yang kita simpan bersama kawan-kawan dengan buku ni,tak sampai hati aku nak buang."
Mereka sama-sama membelek buku kuning yang sudah berkulit usang.
Sebuah buku yang tertulis "Skrip Drama: Cerita Kita".
Elissa dan Fatin bagaikan dibawa kembali mengimbau kenangan mereka suatu masa dahulu di Universiti.
Semuanya indah suatu masa dahulu. Dan hari ini juga membawa penceritaan untuk esok hari.
****

Sunday, July 27, 2008

Fragmen 7: Kembali Tersenyum.

Deruan kereta memecah kesunyian Puncak Angsana. Bunyi enjin terus meraung menyusuri jalan yang tidak berturap itu. Kiri kanan jalan dipenuhi batuan kerikil halus dan pepohon renek. Jarak penglihatan dibataskan dengan kabus yang menebal dan cuaca di sini lebih sejuk dari permulaan dakian dari pintu gerbang ke puncak bukit. Hampir 15 minit perjalanan, kini tersergam indah 3 blok apartment 20 tingkat yang mengadap ke arah ibukota melalui jalan Ampang.Elissa bagaikan tidak percaya bahawa,5 tahun dahulu ianya sebuah kawasan penempatan setinggan di atas bukit, kini bertukar status menjadi satu kawasan yang indah dan mewah,bagaikan sebuah syurga di singgahsana.
Rata-rata penduduk sini adalah sekarang adalah penduduk asal kawasan setempat yang mendapat hasil pampasan akibat pembangunan di lereng bukit. Dahulunya mereka ini menyara hidup dengan berniaga kecil-kecilan di pekan, kini ada yang mampu memiliki kereta proton perdana V6 hasil pajakan tanah untuk tanaman buah naga. Inilah yang dinamakan pertanian untuk perniagaan.Walaupun keringat hasil usaha orang lain,tapi agihan tetap dinikmati oleh tuan tanah.
Elissa menyusap kepala Daniel yang dari tadi asyik yang dibuai mimpi. Sambil mencium ubun-ubun rambut Daniel,air mata tidak tertahan lagi, perlahan-lahan mengalir ke pipi dan menitis ke rambut Daniel. Daniel mula rasa tidak selesa , air mata Elissa mula menitis membasahi rambut Daniel. Elissa segera mengesat air matanya dan menyapu ubun-ubun Daniel yang mula basah. Daniel kembali berdengkur kecil dan menyambung tidurnya. Elissa mula tersenyum bersama kuntuman senyum Daniel yang mula mekar.
Hati Elissa kian mekar rindunya melihat wajah anak Daniel saling tak tumpah seperti wajah ayahnya dan kuntuman senyum tadi mula pudar. Dia berpesan pada dirinya,biarlah sekembalinya dia ke Malaysia tidak lagi disambut airmata dan biarlah semuanya berakhir noktah. Setiap tangisan lalu biarlah semua akan bermula dengan indahnya senyuman Daniel.
Rontaan perasaan lalu biarlah diselimut kembali dengan kabus malam dan lamunan perasaannya mula terhenti bersama deruan enjin yang telah dimatikan. "Aku dah sampai". Elissa dengan perlahan-lahan melonggarkan pelukan Daniel dan meletakkan kembali tubuh kecil itu di kusyen.
"Jom Lis! Welcome to my new rumah!
" Pandai juga engkau berbahasa omputih sekarang ni?" sindir Elissa
Yelah! Siapa la aku ni. Sekolah pun darjah 5,tak macam kau Lis, belajar kat England." Usikan Fatin disulami dengan senyuman Elissa. Inilah kali kedua Fatin membuat aku kembali tersenyum.

Tuesday, July 22, 2008

Fragmen 6: Racun Diri (imbas kembali)

* * *
Jarum jam tangannya menunjukkan waktu telah melewati tengah malam.
Kokokan ayam kedengaran sahut menyahut untuk menyambut pagi yang bakal menjelang.
Suhu di waktu pagi memang sejuk tambahan pula jika berada di kawasan tanah tinggi.
Shawal memandang jauh ke bawah bukit untuk menikmati suasana di penghujung malam.Tompokan
cahaya kelihatan mewarnai kepekatan malam. Nun jauh di ibukota,, kelihatan gagah berdiri menara
KLCC yang mencorakkan warna keindahan neon kota. Sebahagian penghuni kota mungkin enak di
buai mimpi dan ada juga penghuni kota yang menggunakan kesempatan malam untuk mencari rezeki
bagi menyara kehidupan seharian. Bagi Shawal, rezeki yang mencurah-curah sebagai Pereka Seni
Grafik di sebuah syarikat multimedia terkenal tidak mengkehendakinya untuk mengerah keringat
seperti orang lain.
Shawal merenung ke arah cahaya yang masih belum padam. Dia tahu,malam ini merupakan malam
yang amat bererti baginya dan juga bagi Elissa. Rasanya sudah terlewat untuk dia menyesali tindakan
yang telah di ambil olehnya. Dia tahu,Elissa tentu akan lebih kecewa jika mengetahui perkara sebenar
yang akan berlaku terhadap kebahagian mereka malam ini.
Enjin keretanya masih lagi berbunyi. Udara dari pendingin hawa kereta yang memberi keselesaan
baginya bagaikan hembusan wap panas dari cerek yang memanaskan suasana malamnya. Dia resah dan
rasa bersalah. Atas alasan untuk membulatkan tekadnya,Shawal perlu berdepan dengan tindakan yang
di ambilnya.
Di tangannya,sekuntum mawar merah yang masih lagi mekar di pembalutnya.Mawar itu
membayangkan senyuman Elissa yang menanti kehadirannya malam ini.
Bersama alunan suara dari pembesar suara keretanya. Dia makin rasa bersalah dan jika termampu
baginya biarlah dunia akan melupakan malam ini.
“Elissa jika kau tahu apa sebenarnya tersembunyi di dalam hati ku , kau pasti menangis”
“Maafkan Elissa,Shawal.”Itulah ungkapan yang telah ini merubah segalanya.
“Aku sudah lama maafkan kau. Tapi..biarlah semuanya akan berakhir malam ini..”
“Maafkan Abang..Elissa” Shawal kini meracun dirinya. Tetapi tindakan ini juga selamanya akan
meracun diri Elissa.
*********************

Fragmen 5: Kamar Sepi (imbas kembali)

****
Elissa masih sepi di kamar . Ditemani liuk cahaya lilin yang bagaikan ingin padam di sapa angin yang
bertiup melalui birai jendela.
Sesekali langsir berombak mengikut irama alam.
Elissa ingin benar menelefon Shawal ketika ini dan mengetahui alasan Shawal menyebabkan dia
ternanti-nanti begini.
Tapi bagaikan ada kuasa yang menghalang dia dari mencapai ganggang telefon di bucu meja.
Keresahan Elissa menanti ketibaan Shawal dilontarkan seribu pertanyaaan dalam diri.
“Sibuk sangatkah Shawal? Sampai terlupa akan temujanji mereka.”
“Mustahil.Baru pagi tadi dia ajak aku keluar membeli belah bersama kerana ingin meraikan malam
ini.”
Persoalan ini mengusarkan hati seorang wanita di saat ingin meyambut hari yang penuh erti baginya
bersama orang yang di cintai.
Di meja kamar. Dia cuba melihat pemandangan seluruh ibukota dari pangsapurinya.Tika ini, kabus
mula mengaburi pandangannya. Cermin tingkap mula berair.Mungkin kerana malam telah berteman
embun dan Elissa masih lagi berteman kesunyian.
Dan kini matanya juga mula berair.Dia mula tewas bersama kebimbangannya.
Elissa menggahi dirinya untuk memanaskan makanan yang sudah lama terhidang di meja
makan.Cahaya lilin yang dinyalakannya tadi sudah terpadam. Sambil mengesat air matanya, dia
mencapai pingan yang berisi spaggeti yang di masaknya sejak petang tadi.
Pengetahuan ceteknya tentang masakan menyebabkan dia seharian terpaksa menatap buku masakan
bagi mencari resepi yang bersesuaian dengan malam yang penuh makna baginya.
Inilah ulang tahun pertama perkahwinan yang ingin di sambut bersama suami tercinta.
Keputusan untuk menerima Shawal sebahagian daripada penyeri hidupnya terpaksa di buat secara
berhati-hati memandangkan hati lelaki memang sukar untuk di duga.Baik dan jahat akan tersembunyi
di sebalik lakonan yang mungkin mampu menawan hati yang telah dikuasai cinta.Mana tahu rambut
sama hitam,hati lain-lain.
Elissa merenung jambangan bunga mawar yang dibeli pagi tadi. Jambangan mawar yang akan
menjadi perhiasan Candle Light Dinner bagaikan sudah layu bersama kelopak matanya yang mula
kering.
Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah malam.

Fragmen 4: Cerita Duka (imbas kembali)

*****
Sayup kedengaran irama cengkerik mencelah di balik kesunyian malam di Puncak Angsana.
Elissa tersenyum sendirian di depan cermin. Dia kini melihat wajahnya di depan kaca yang tidak
mampu menzahirkan kepalsuan. Wajahnya ayu bersama kuntuman senyum mekar di bibir.
Rambutnya ikal mayangnya di sanggul kemas. Elissa masih belum selesai mengandam dirinya.
Diluar sudah berbalut embun,di dalam hatinya pula berbalut luka.Senyuman tadi makin tawar.
Hari kian lewat dan sedikit mengundang perasaan bimbing dan resah dalam hatinya.
Shawal yang di nanti belum tiba.
Jam sudah menunjukkan pukul 11.40 mlm.
Elissa masih setia menanti .Shawal hampir memungkiri janjinya.
“Saya janji!Tepat jam sepuluh mesti dah sampai . Lis kena janji dengan abang. Abang nak lihat Lis
seperti malam pertama perkahwinan kita.” Bersama kucupan di dahinya,itulah perutusan terakhir di
dengar daripada Shawal selepas Shawal menghantarnya pulang dari tempat kerja petang tadi.
Elissa tahu,Shawal tak pernah lewat dia juga tahu kenapa Shawal berkeras untuk melihat dia
mendandam diri seperti ini . Inilah malam paling istimewa untuk mereka berdua.Inilah ulangtahun
pertama ikatan perkahwinan mereka.Semuanya indah dalam masa setahun ini.
Elissa mengayakan pakaian yang di hadiahkan Shawal di depan cermin. “ Cantikkah aku?” Tanya
Elissa. Dia kelihatan makin cantik dan bahagia. Memiliki seorang suami yang sangat mencintai dirinya.
Rumahnya kini makin sunyi. Deruman kereta di luar makin menyepi bersama deretan cahaya di kaki
bukit yang makin padam.Satu persatu, cahaya di padamkan bagi menandakan episod hari ini akan
berakhir.

Fragmen 3: Hari Mendatang

***
8pm.
"Aku perlu dahulukan solat maghrib, walaupun apa terjadi sekurang-kurangnya aku masih ingat kepada
Allah."
Solat maghrib cuma 3 rakaat dan hanya mencuri 5 minit sebahagian 24 jam hidup kita seharian
Hutang kita terhadapNya adalah senafas dan sedetik. Semua milikNya.
830pm
Fatin belum tiba lagi. “Jauh sangat ker Gombak ke Pudu ni?” Soal Elissa sambil matanya meliar
mencari kelibat Fatin. “Minah ni memang nak kena ni, dah sejam aku tunggu.” Elissa mula resah dan
rimas menanti Fatin di Hentian Puduraya.
“Lissa!!” Satu panggilan nama yang cukup dia kenali.
Kelihatan kelibat seorang gadis seusianya memimpin seorang kanak-kanak dalam lingkungan 3 tahun.
“Fatinnnnnnn!” Elissa melompat-lompat dan memeluk erat Fatin. “Aku rindu kat ko.Rindu sangat”
Fatin mengelengkan kepala melihat telatah rakannya. Perangai Elissa masih seperti 5 tahun lepas.
“Gedik!”
“Hiiii!! Ni tentu Izad Hakimi..Taknak cium autie ker?” Soal Elissa kepada tubuh kecil yang
berselindung di balik tubuh Fatin Ezdiani.Mungkin takut melihat telatah Elissa.
“Dia memang takut sikit kat orang dia tak pernah nampak,nanti dia ok la” Jawab Fatin melihat Elissa
mula megerutkan keningnya.Mungkin dia taknak Elissa kecil hati dengan sifat anaknya yang pemalu
itu dan dia juga risau kalau ianya mengingatkan Elissa kepada kenangan lama. Gadis seusia mereka
memang sepatutnya telah lama mendirikan rumah tangga. Cuma rakannya, Elissa masih berkira-kira
tentang jodohnya
Persoalan itu tidak dapat dijawab oleh sesiapa. Mungkin hanya mereka yang rapat dengan Elissa tahu
kisah sebenarnya.Dan kenapa tika ini, baru Elisa terpanggil untuk pulang ke tanahair setelah 5 tahun
merantau ke negara orang. Rajuk hatinya terlalu lama.
“Jom makan dulu! Aku dah lapar” Elissa mematikan lamunan Fatin. Dia tahu rakannya mula
mengimbau kisah lamanya. Yang pasti,dia bukan Elissa yang dulu lagi.
“Jom! Kat tempat biasa yek!” Cadangan Fatin disambut dengan senyuman Elissa. Sambil mendukung
Izad,Fatin membawa Elissa menuju ke keretanya yang diletakkan di depan Mydin.
“Alamak! Ada Something aku terlupa la.Tunggu sekejab ! Ada barang aku tertinggal kat surau?”
Mujurlah,sesuatu yang mengingatkan dia pada beg yang masih tertinggal di surau. Fatin mengiyakan
permintaaan Elissa.
“Aku tunggu engkau kat kereta aja” Pinta Fatin
“Baik!”Jawab Elissa
Fatin tersenyum melihat tubuh rakan tengelam di balik barisan manusia yang berbaris membeli tiket
untuk ke destinasi masing-masing.
Elissa.Jangan kau hilang lagi!
Fatin takut Elissa akan terus hilang. Dia telah lama berdoa agak sahabat baiknya ini akan melupakan
dan memaafkan keadaan yang mengheret mereka kepada rajuk hati Elissa.InsyaAllah,Elissa akan
muncul kembali. Dia yakin. Tadi Elissa ada depan matanya.Kini hilang kembali.
“Aku akan tunggu kau Lis!”
Hari ini bukan seperti semalam. Ia akan berlalu. Hari ini akan bermula...

Fragmen 2 : Hujan

*****
Hujan makin lebat dari pagi hingga ke petang. Menjelang senja belum ada tandanya ia berhenti.
7pm
Hampir azan maghrib. Inilah waktunya warga kota membataskan aktiviti tika malam kian menjengah.
Titisan hujan yang kian galak , makin menyapa lantai kota.
Hujan diluar masih juga belum menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti walaupun mendung kini telah
berganti dengan kepekatan malam.
Neon mula mewarnai kesibukan kota yang dipentaskan oleh warganya.
Bunyi hon dan deruman enjin kian menerpa halwa telinganya. Kesesakan ibukota takkan berubah
walaupun sejarak masa telah dia cuba tinggalkan.
"Ah..aaahh..huh!!.Letihnya tidur."
Dia mendengus lemah.Matanya melirik ke arah jam di tangan.
Tepat pukul 7.30 malam.
"Lama juga aku tertidur."
Mungkin disebabkan keletihan,Elissa tertidur hanya beralaskan lengan.
Perjalanan yang jauh dari KLIA kurang memenatkan berbanding dia terpaksa menunggu hampir
setengah jam untuk berlepas dari Tokyo disebabkan masalah cuaca.
"Hari ini aku telah pulang.Alhamdulillah sampai juga aku di bumi Malaysia."
Bas berbaris panjang di kiri kanan jalan menuju ibukota.
Puduraya kian hampir.
Elissa mula mengemas barang-barangnya dan memasukkan akhbar yang dibacanya tadi di dalam beg sandangnya.
Sambil meneguk air mineral yang masih berbaki,Elissa pun turun dari bas.
Setiba di Puduraya, dia mencari public phone dan mula mendail nombor yang diberi oleh Fatin sambil
matanya meliar mencari kelibat rakannya.
"Engaged la pulak, tengah gayut kot."
Resahnya mula menerpa.Fatin masih belum tiba.

Sunday, July 13, 2008

Fragmen 1: Permulaan Hari ini

********
“Shawal!.Awak takkan mampu melihat cahaya hari ini.Dan esok juga awak masih meraba dalam
gelita.Cahaya itu akan pergi jauh!”

********

Tuk! Tuk!
Azli telah terbangun dari tidur. Bunyi ketukan itu menyebabkan dia kembali ke dunia nyata. “Apa yang
aku mimpikan ni?”
Dia terdiam seketika. Mimpi hanya mainan tidur.Dia membaling bantal tidurnya ke muka pintu. Biar
Shawal tahu dia telah bangun.
“Apasal mamat ni kejut aku awal sangat” Azli merungut. Dia melihat jam di dinding. “Arkhh!! Baru
pukul 6 pagi”
Mencapai selimut di hujung kaki.
“Awal lagi ni.sementara tunggu dia abis solat, sempat second round ni!”. Lima minit
kemudian,kedengaran kembali dengkuran Azli.
“Amin!” Shawal menyapukan kedua telapak tangannya ke muka. Selesai tanggungjawabnya seketika
untuk pagi ini.
Dia melipat dan menyusun kembali sejadah di hujung bilik.Perlahan-lahan di menutup pintu kamar
dan memanggil nama Azli dari luar.
“Cepat la Lee, kata nak hantar aku ”
“Alamak” Azli tersentak buat kali kedua. “Potong stim tul”
Dia gagahi untuk bangun dan mencapai tuala di hujung katil
“Sekejab,5 minit” Dengan hanya mencuci muka dan menggosok gigi. Dia terus muncul di muka pintu
bilik.
“Cepatnya kau siap! Dah solat ker? Soal Shawal sambil mengingatkan sahabatnya tentang perkara yang
harus di mulakan sebelum merencanakan perjalanan hidup hari ini.
“Dah!” Dengan acuh tak acuh dia membalas pertanyaan Shawal. “Jom! Ko jangan lupa bawa apa yang
Zahid pesan,kalau tak,esok kena jumpa dia lagi!” Soal Azli kembali.
“Dah ada pun! Ni ada dalam beg.Aku bungkus baik punya.” Jawab Shawal sambil menepuk beg
sandangnya.
“Kat luar hujan ker?” Tanya Shawal sambil menyarung kasut Itali keluaran Malaysia.
“Yap,tetiba aja hujan, dah sampai kat bawah. ko tunggu aku kat depan pintu lift.Nanti basah pulak beg
tu.” Jawab Azli mengiyakan pertanyaan Shawal.
Azli menekan butang lift dan selang beberapa minit kemudian,pintu lift itu terbuka dan terus meluncur
membawa mereka ke ruang parking di bawah blok.
Sampai di bawah, Azli mendahului Shawal dah dia terus menekan kekunci Alarm kereta Hondanya.


“Tut!Tut.” Alarm berbunyi.
Dia masuk ke dalam kereta,dan terus memecut laju ke depan lift.
“Mujur la kereta ni baru dipulangkan Zahid jam 4 pagi. Tak payah aku panaskan enjin”
Azli lebih mengambil berat soal keselamatan rakan baiknya berbanding kereta yang dia sayangi. Kereta
itu baru dibelinya 5 bulan lepas. Itupun hasil mengepau duit ayahnya.
Hon! Dia menekan hon. Dia membuka pintu kereta dan Shawal yang masih menanti dari tadi terus
masuk melalui pintu belakang. Azli menutup kembali pintu kereta. Keretanya terus memecut laju ke
Gerbang Perdana.
Cahaya pagi mencelah di sebalik renyai hujan. Hari ini adalah indah seperti semalam.
Kereta itu terus membelah kesibukan kota. Hari ini juga mengingatkan Shawal kepada semalam.Hati
Shawal sepi tanpa merasa indahnya pagi ini.
*****

Thursday, July 3, 2008

Prolog 3: Dingin Pagi

Terpaan angin bersama kedinginan yang meyeliputi pagi di Puncak Angsana.
Tiada kedengaran bunyi deruan enjin kenderaan.
Hanya sesekali kedengaran bunyi hon yang agak lama dibunyikan,mungkin ada kenderaan yang
menghalang laluan keluar kenderaan lain.
Azli pernah merungut kepadanya ,mengatakan bahawa ruang parking di bawah agak sesak dan ianya
hanya dapat menampung sejumlah kecil kenderaan penghuni Puncak Angsana .Dan selebihnya,mereka
terpaksa meletakkan kenderaan di sepanjang jalan masuk ke sini. Kesulitan mungkin timbul seawal
pagi begini, jika ada yang sesuka hati meletak kenderaan dan menghalang lalu lintas penghuni lain.
Hari ini masih indah...kita lupakan dulu masalah dunia.
Langit diluar masih gelap,
Dia meraba jam tangannya...
Hampir masuk waktu subuh.
Shawal mengambil wuduk dia terus ke kamar solat yang terletak bersebelahan bilik Azli.
Dia mengetuk beberapa kali pintu bilik Azli,harapannya agar Azli sudah bangun dan bersama
harapannya juga..dia terus mencapai sejadah dan kalimah pertama yang terlafaz dari bibir Shawal
"Allahu Akhbar"
*******************