Monday, September 29, 2008

Fragmen 15: Cinta Itu Milik Siapa? (Imbas Kembali)

Hi! Senyap aja awak ni.. .Kenapa tak balas sms saya tadi?. Jadi ker keluar malam ni?" Elissa bertanya dan bertanya lagi dan kini mula meninggikan suaranya.
Geram kerana sikap acuh tak acuh Farid menerima pelawaannya.
Yang pasti,pelbagai persiapan harus dibuat bagi melengkapkan pementasan drama hujung bulan depan. Banyak benda harus dibeli. September hampir tiba.
"Alamak! sorry sayang..saya kerja malam ni.Awak ajak la kawan-kawan awak yang lain,saya ada banyak kerja kena siapkan!Minggu depan dah dateline" Farid merayu dan cuba meredakan perasaan Elissa yang makin bergelora.Dia tahu, Elissa marah .Apakan daya,tangungjwab dan kerja harus di dahulukan tika peluang kerjayanya di syarikat multinasional itu belum terjamin.
Cuma perasaan Elissa kadang-kadang tidak terjaga.Risau dan takut kehilangan Elissa.
Dia tahu Elissa sentiasa menjadi buruan rakan sekuliahnya.Siapa tidak hendakkan gadis jelita seperti Elissa dan cuba memiliki hati Elissa umpamanya membela ikan dilautan umpan.Pasti ada yang cuba memancing.
"Yelah! awak asyik busy dengan kerja awak.Nanti la saya call awak lagi.Bye!" Elissa mematikan talian.
Dia geram dengan Farid yang lebih mementingkan kerja berbanding perasaannya.Inilah akibat bercinta dengan orang yang bekerja.Dia harus tabah dan faham tuntutan seorang kekasih dan juga kerjaya Farid untuk menjamin masa depan hubungan mereka. Harap-harap hubungan dia dan Farid kekal hingga ke jinjang pelamin.
Elissa memasukkan kembali telefon bimbitnya ke tas tangan dan terus menaiki tangga pentas.Dia terlihat bekas makanan Shawal belum terusik di sudut pentas.
"Mungkin dia dah abis makan."Elissa mengangkat bekas makanan itu dan memasukkan dalam tong sampah dan terus berlalu ke belakang pentas.

Shawal masih lagi sibuk dengan kerjanya sebagai anggota kerja tambahan belakang pentas.
Dia bersama-sama yang lain harus segera menyiapkan prop sebelum bermulanya pementasan drama bulan depan.Banyak lagi urusan yang belum selesai.Elissa menyapa rakan-rakannya dan terus hilang di balik tabir belakang pentas.Shawal sempat mengerling Elissa dan mula menanyakan sesuatu pada Zahid.

"Elissa tu dah ada pakwe ker? Ko tak bagitau aku pun." Soal Shawal sambil memotong politerina mengikut acuan corak yang ditetapkan. Makin kuat dia menusuk pisau ke dalam. Geram!
"Manalah aku tahu,rasanya dia belum ada pakwe.Cuma aku risik-risik ,dia ramai kawan lelaki. Kau faham-faham aja la..Awek lawa macam dia tentu ramai orang yang nak.Termasuk la sepupu aku kat sebelah ni ."Zahid menjawab sambil menyindir Shawal.
"Amboi! kau sindir aku ye,that ok..aku tanya aja.Tadi aku tengok dia call seseorang kat belakang dewan tu.Macam someone special aja."
"Aku pun taknak komen,ko la sendiri siasat.Aku dah banyak tolong kau.So lepas ni kau kena berusaha la sendiri.Upah la penyiasat persendirian." Zahid berseloroh sambil membetulkan kad manila yang ditampal di atas politerina.Tugas Shawal pula untuk menebuk politerina mengikut acuan yang ditampal.
"Yelah.Kau kan Bos!" Shawal menjawab dan meneruskan kerjanya.Dia masih tenang diwajahnya tetapi hati bergelora rasa cemburu.Dia bagaikan ingin terus berterus terang pada Elissa tentang perasaannya itu.Tapi masih banyak persoalan belum berjawab.Cinta Elissa itu milik siapa?

Wednesday, September 24, 2008

Fragmen 14 : Bertemu Musuh Di Hujung Talian (Imbas Kembali)

Hi! Saya Shawal. Awak tentu Elissa kan? Zahid sepupu saya dan dia yang beritahu nama awak Elissa. Betul kan?" Soal Shawal memulakan bicara sambil meletakkan bekas makanan polisterina di sebelahnya.Bekas air berisi minuman masih tangan. Diletakkannya takut tertumpah membasahi lantai yang baru siapkannya tadi.
"Ya! saya Elissa. Macam mana awak boleh kenal saya? Rasanya kita bukan satu kuliah kan?
"Memang kita rakan sekuliah pun,cuma saya selalu ponteng.Itu pasal awak tak kenal saya. By da way..saya dah lama tahu tentang awak." Shawal mula mengorak langkah. Tiap butir bicara disusun bagaikan skrip yang telah tertulis. Dia tidak mahu mempersiakan peluangnya. Hanya ini peluangnya.
"Aik! apa yang awak tahu tentang saya? Takut pulak saya dengar awak cakap macam tu..rasa something wrong aja ni." Elissa berteka teki dan dicengkam rasa curiga tetapi membuatkan dia makin suka. Suka kerana mempunyai seorang peminat seperti Shawal.
"Taklah! Zahid cakap awak ni kreatif dan cantik juga orangnya.Opss! maksud saya rekaan yang awak buat semuanya cantik-cantik dan kreatif belaka." Shawal tersasul kata.Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata dah takleh buat apa-apa.Mukanya mula merah menahan malu.Merah disebalik hitam manis warna kulit mukanya.
"That ok! Saya siapkan apa yang termampu.Kalau cantik itu tu anugerah Allah untuk kita.Kena bersyukur tu" Elissa tersenyum melihat telatah Shawal. Dalam hatinya masih mengingati bagaimana Shawal dan Izad tersilap memilih skrip semasa uji bakat minggu lepas. Dan bagaikan sesuatu yang ganjil,mereka lulus dan kini menjadi sebahagian warga produksi drama 'Cerita Kita'. Setelah Shawal menyebut nama Zahid dan mengakui Zahid adalah sepupunya,baru dia tahu Shawal berjaya kerana pengaruh Zahid sebagai pengurus produksi.Inilah resam dunia,suku sakat semua dapat masuk line.Janji kabel kena kuat.Semuanya perlukan politik dalaman.
Elissa ni sindir aku ker.silap ker aku cakap tadi. " Ye betul tu! saya sokong awak.Bercakap,cakap juga tapi awak tak makan ker?"Shawal mula menukar topik perbualannya.
Dia harus mengenali Elissa sebelum langkah seterusnya di ambil.Setakat ni,semua perancangan telah berjalan lancar.
"That ok! Saya dah makan tadi dengan member saya.Awak makan la dulu.Saya nak telefon member kejab." Elissa mengakhiri bicara sambil menyeluk telefon bimbit di tas tangannya. Dia mendail dan seketika terdengar suara lelaki dihujung talian menyambut salam Elissa.Elissa berlalu mencari sudut yang tersembunyi. Mungkin takut butir perbualan didengar oleh Shawal.
"Siapa lelaki itu? Alamak! Takkan dia telefon pakwe kot." Shawal mulai cemburu.
Rancangannya mungkin tergendala jika dia tahu Elissa telah mempunyai teman lelaki.Ini adalah halangan terbaru baginya.
"Jika Elissa telah mempunyai teman lelaki,akan aku anggap lelaki itu halangan dan musuh yang akan mengagalkan rancangan yang telah aku atur.Apapun aku harus berfikiran positif, mungkin Elissa menghubungi rakan sekuliahnya.
Yang pasti dia harus siasat siapakah orang yang ketiga dalam perhubungan aku dan dia."hati Shawal tertanya-tanya siapakah lelaki itu dan seleranya kini terhenti.Dia masih belum menjamah makanan disebelahnya.Seleranya telah tiada dan dia harus segera berjumpa Zahid bertanyakan sesuatu tentang Elissa .Tentu Zahid tahu siapakan watak ketiga dalam cerita cinta aku dan Elissa.Siapakah lelaki itu? Suspend ni.