Monday, September 29, 2008

Fragmen 15: Cinta Itu Milik Siapa? (Imbas Kembali)

Hi! Senyap aja awak ni.. .Kenapa tak balas sms saya tadi?. Jadi ker keluar malam ni?" Elissa bertanya dan bertanya lagi dan kini mula meninggikan suaranya.
Geram kerana sikap acuh tak acuh Farid menerima pelawaannya.
Yang pasti,pelbagai persiapan harus dibuat bagi melengkapkan pementasan drama hujung bulan depan. Banyak benda harus dibeli. September hampir tiba.
"Alamak! sorry sayang..saya kerja malam ni.Awak ajak la kawan-kawan awak yang lain,saya ada banyak kerja kena siapkan!Minggu depan dah dateline" Farid merayu dan cuba meredakan perasaan Elissa yang makin bergelora.Dia tahu, Elissa marah .Apakan daya,tangungjwab dan kerja harus di dahulukan tika peluang kerjayanya di syarikat multinasional itu belum terjamin.
Cuma perasaan Elissa kadang-kadang tidak terjaga.Risau dan takut kehilangan Elissa.
Dia tahu Elissa sentiasa menjadi buruan rakan sekuliahnya.Siapa tidak hendakkan gadis jelita seperti Elissa dan cuba memiliki hati Elissa umpamanya membela ikan dilautan umpan.Pasti ada yang cuba memancing.
"Yelah! awak asyik busy dengan kerja awak.Nanti la saya call awak lagi.Bye!" Elissa mematikan talian.
Dia geram dengan Farid yang lebih mementingkan kerja berbanding perasaannya.Inilah akibat bercinta dengan orang yang bekerja.Dia harus tabah dan faham tuntutan seorang kekasih dan juga kerjaya Farid untuk menjamin masa depan hubungan mereka. Harap-harap hubungan dia dan Farid kekal hingga ke jinjang pelamin.
Elissa memasukkan kembali telefon bimbitnya ke tas tangan dan terus menaiki tangga pentas.Dia terlihat bekas makanan Shawal belum terusik di sudut pentas.
"Mungkin dia dah abis makan."Elissa mengangkat bekas makanan itu dan memasukkan dalam tong sampah dan terus berlalu ke belakang pentas.

Shawal masih lagi sibuk dengan kerjanya sebagai anggota kerja tambahan belakang pentas.
Dia bersama-sama yang lain harus segera menyiapkan prop sebelum bermulanya pementasan drama bulan depan.Banyak lagi urusan yang belum selesai.Elissa menyapa rakan-rakannya dan terus hilang di balik tabir belakang pentas.Shawal sempat mengerling Elissa dan mula menanyakan sesuatu pada Zahid.

"Elissa tu dah ada pakwe ker? Ko tak bagitau aku pun." Soal Shawal sambil memotong politerina mengikut acuan corak yang ditetapkan. Makin kuat dia menusuk pisau ke dalam. Geram!
"Manalah aku tahu,rasanya dia belum ada pakwe.Cuma aku risik-risik ,dia ramai kawan lelaki. Kau faham-faham aja la..Awek lawa macam dia tentu ramai orang yang nak.Termasuk la sepupu aku kat sebelah ni ."Zahid menjawab sambil menyindir Shawal.
"Amboi! kau sindir aku ye,that ok..aku tanya aja.Tadi aku tengok dia call seseorang kat belakang dewan tu.Macam someone special aja."
"Aku pun taknak komen,ko la sendiri siasat.Aku dah banyak tolong kau.So lepas ni kau kena berusaha la sendiri.Upah la penyiasat persendirian." Zahid berseloroh sambil membetulkan kad manila yang ditampal di atas politerina.Tugas Shawal pula untuk menebuk politerina mengikut acuan yang ditampal.
"Yelah.Kau kan Bos!" Shawal menjawab dan meneruskan kerjanya.Dia masih tenang diwajahnya tetapi hati bergelora rasa cemburu.Dia bagaikan ingin terus berterus terang pada Elissa tentang perasaannya itu.Tapi masih banyak persoalan belum berjawab.Cinta Elissa itu milik siapa?

No comments: