Tuesday, July 22, 2008

Fragmen 2 : Hujan

*****
Hujan makin lebat dari pagi hingga ke petang. Menjelang senja belum ada tandanya ia berhenti.
7pm
Hampir azan maghrib. Inilah waktunya warga kota membataskan aktiviti tika malam kian menjengah.
Titisan hujan yang kian galak , makin menyapa lantai kota.
Hujan diluar masih juga belum menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti walaupun mendung kini telah
berganti dengan kepekatan malam.
Neon mula mewarnai kesibukan kota yang dipentaskan oleh warganya.
Bunyi hon dan deruman enjin kian menerpa halwa telinganya. Kesesakan ibukota takkan berubah
walaupun sejarak masa telah dia cuba tinggalkan.
"Ah..aaahh..huh!!.Letihnya tidur."
Dia mendengus lemah.Matanya melirik ke arah jam di tangan.
Tepat pukul 7.30 malam.
"Lama juga aku tertidur."
Mungkin disebabkan keletihan,Elissa tertidur hanya beralaskan lengan.
Perjalanan yang jauh dari KLIA kurang memenatkan berbanding dia terpaksa menunggu hampir
setengah jam untuk berlepas dari Tokyo disebabkan masalah cuaca.
"Hari ini aku telah pulang.Alhamdulillah sampai juga aku di bumi Malaysia."
Bas berbaris panjang di kiri kanan jalan menuju ibukota.
Puduraya kian hampir.
Elissa mula mengemas barang-barangnya dan memasukkan akhbar yang dibacanya tadi di dalam beg sandangnya.
Sambil meneguk air mineral yang masih berbaki,Elissa pun turun dari bas.
Setiba di Puduraya, dia mencari public phone dan mula mendail nombor yang diberi oleh Fatin sambil
matanya meliar mencari kelibat rakannya.
"Engaged la pulak, tengah gayut kot."
Resahnya mula menerpa.Fatin masih belum tiba.

No comments: