Sunday, January 18, 2009

Fragmen 22 : Cemburu!

Sehelai demi sehelai lembaran surat tadi diselak.
Bagaikan ada yang tidak kena dengan kandungan surat itu. Dia merasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh ahli keluarga Elissa sehingga apa yang tertulis dalam surat yang diterima daripada Azli di sangkal kebenarannya oleh mereka.
Pasti ada sesuatu.Hatinya mula bermain teka teki. Seperti bermain Sudoku di akhbar,pasti ada jawapan di sebalik persoalan.
Zahid yang dihubungi sejak tadi pun belum membalas panggilannya. Rasanya sudah beratus kali dia cuba menghubungi Zahid, cuma yang didengari dihujung talian hanyalah caller ringtone 'Tak Mungkin Berpaling nyanyi kumpulan Slam.
Jiwang betul mamat ni sejak berputus kasih dengan bekas isterinya, Khadijah.
Zahid melafazkan talak setelah mengetahui Khadijah bermain kayu tiga. Itupun jika benar apa yang disangka dan baginya,Khadijah merupakan seorang isteri yang sempurna. Tiada apa yang cacat dan cela dalam penglihatannya. Khadijah merupakan rakan sekuliahnya ketika masih menuntut di pusat pengajian tinggi dan ketika itu,selain Elissa dan tanpa Elissa, tentu Khadijah juga ingin diperisterikannya.Tapi Zahid lebih awal mengatur strategi, dan jika tidak..
"Tentu Khaty menjadi milikku!" Fikirkannya kembali mengimbau kenangan lama, dan tiba-tiba wajah Elissa juga muncul bersama imbauan itu. Senyumannya tadi makin pudar.
Kerana cemburu,sepupunya kita menjadi duda beranak tiga.
Tetapi persoalan lain yang muncul.
"Adakah aku duda?" Hatinya tertanya-tanya dan tanpa Zahid, persoalan ini tidak terjawab dan fikirannya makin kusut memandangkan tarikh penilaian pembedahannya makin dekat dan jika perkara ini menghantuinya, tentu dia belum bersedia untuk menempuhi kemungkinan lain.
Pembedahan otak memang mempunyai risiko yang tinggi, dia tidak mahu hilang ingatan buat kali kedua jika mengetahu isterinya masih hidup.
Allah! Inikah ujian Mu kepada hamba Mu!

No comments: