Sunday, January 18, 2009

Fragmen 21: Menanti Esok! (Imbas kembali)

Zahid terkejar ke sana ke sini.
Mengarah dan menjerit.Dia bagaikan orang yang sedang dirasuk.
Segala tindakan mereka bagaikan salah di matanya.
Hari ini merupakan detik terakhir sebelum pementasan drama bermula.
Zahid mula resah melihat persiapan pentas oleh Elissa.
Banyak lagi yang belum siap dan semua ini memerlukan komitmen yang tinggi terhadap tugas yang di amanahkan.Tapi masih belum bersua kelibat Elissa. Ada yang tidak kena terhadap diri Elissa sehingga mengabaikan tugas yang diberi. Seluruh rasa sesal mula meraja dirinya melihat semua persiapan belum sempurna. Ada ruang pentas yang masih belum bercat, susun atur dinding dan perhiasan masih seperti semalam. Kosong dan tidak terusik.
Dia marah. Dia sangat marah.Banyak lagi perlu dilakukan untuk menghadirkan sebuah set pementasan drama yang hebat sempena sambutan jubli intan kolej kediamannya.
Elissa masih belum muncul-muncul sejak pagi tadi. Sudah beratus panggilan telefon dan mesej pesanan ringkas di hantar, tapi tiada satupun dijawab dan berbalas.
Bilik Elissa juga berkunci seperti apa yang disampai kepadanya oleh Jamilah, rakan sekuliahnnya.
Semua masih mencari Elissa.Hilang entah ke mana.
Ada sesuatu yang tidak kena pada Elissa. Zahid seharusnya mencari pengganti Elissa bagi melengkapkan persiapan pentas.Tiada calon yang sesuai bagi pengganti Elissa selain sepupunya sendiri ,Shawal.

No comments: