Tuesday, July 22, 2008

Fragmen 4: Cerita Duka (imbas kembali)

*****
Sayup kedengaran irama cengkerik mencelah di balik kesunyian malam di Puncak Angsana.
Elissa tersenyum sendirian di depan cermin. Dia kini melihat wajahnya di depan kaca yang tidak
mampu menzahirkan kepalsuan. Wajahnya ayu bersama kuntuman senyum mekar di bibir.
Rambutnya ikal mayangnya di sanggul kemas. Elissa masih belum selesai mengandam dirinya.
Diluar sudah berbalut embun,di dalam hatinya pula berbalut luka.Senyuman tadi makin tawar.
Hari kian lewat dan sedikit mengundang perasaan bimbing dan resah dalam hatinya.
Shawal yang di nanti belum tiba.
Jam sudah menunjukkan pukul 11.40 mlm.
Elissa masih setia menanti .Shawal hampir memungkiri janjinya.
“Saya janji!Tepat jam sepuluh mesti dah sampai . Lis kena janji dengan abang. Abang nak lihat Lis
seperti malam pertama perkahwinan kita.” Bersama kucupan di dahinya,itulah perutusan terakhir di
dengar daripada Shawal selepas Shawal menghantarnya pulang dari tempat kerja petang tadi.
Elissa tahu,Shawal tak pernah lewat dia juga tahu kenapa Shawal berkeras untuk melihat dia
mendandam diri seperti ini . Inilah malam paling istimewa untuk mereka berdua.Inilah ulangtahun
pertama ikatan perkahwinan mereka.Semuanya indah dalam masa setahun ini.
Elissa mengayakan pakaian yang di hadiahkan Shawal di depan cermin. “ Cantikkah aku?” Tanya
Elissa. Dia kelihatan makin cantik dan bahagia. Memiliki seorang suami yang sangat mencintai dirinya.
Rumahnya kini makin sunyi. Deruman kereta di luar makin menyepi bersama deretan cahaya di kaki
bukit yang makin padam.Satu persatu, cahaya di padamkan bagi menandakan episod hari ini akan
berakhir.

No comments: