Tuesday, July 22, 2008

Fragmen 5: Kamar Sepi (imbas kembali)

****
Elissa masih sepi di kamar . Ditemani liuk cahaya lilin yang bagaikan ingin padam di sapa angin yang
bertiup melalui birai jendela.
Sesekali langsir berombak mengikut irama alam.
Elissa ingin benar menelefon Shawal ketika ini dan mengetahui alasan Shawal menyebabkan dia
ternanti-nanti begini.
Tapi bagaikan ada kuasa yang menghalang dia dari mencapai ganggang telefon di bucu meja.
Keresahan Elissa menanti ketibaan Shawal dilontarkan seribu pertanyaaan dalam diri.
“Sibuk sangatkah Shawal? Sampai terlupa akan temujanji mereka.”
“Mustahil.Baru pagi tadi dia ajak aku keluar membeli belah bersama kerana ingin meraikan malam
ini.”
Persoalan ini mengusarkan hati seorang wanita di saat ingin meyambut hari yang penuh erti baginya
bersama orang yang di cintai.
Di meja kamar. Dia cuba melihat pemandangan seluruh ibukota dari pangsapurinya.Tika ini, kabus
mula mengaburi pandangannya. Cermin tingkap mula berair.Mungkin kerana malam telah berteman
embun dan Elissa masih lagi berteman kesunyian.
Dan kini matanya juga mula berair.Dia mula tewas bersama kebimbangannya.
Elissa menggahi dirinya untuk memanaskan makanan yang sudah lama terhidang di meja
makan.Cahaya lilin yang dinyalakannya tadi sudah terpadam. Sambil mengesat air matanya, dia
mencapai pingan yang berisi spaggeti yang di masaknya sejak petang tadi.
Pengetahuan ceteknya tentang masakan menyebabkan dia seharian terpaksa menatap buku masakan
bagi mencari resepi yang bersesuaian dengan malam yang penuh makna baginya.
Inilah ulang tahun pertama perkahwinan yang ingin di sambut bersama suami tercinta.
Keputusan untuk menerima Shawal sebahagian daripada penyeri hidupnya terpaksa di buat secara
berhati-hati memandangkan hati lelaki memang sukar untuk di duga.Baik dan jahat akan tersembunyi
di sebalik lakonan yang mungkin mampu menawan hati yang telah dikuasai cinta.Mana tahu rambut
sama hitam,hati lain-lain.
Elissa merenung jambangan bunga mawar yang dibeli pagi tadi. Jambangan mawar yang akan
menjadi perhiasan Candle Light Dinner bagaikan sudah layu bersama kelopak matanya yang mula
kering.
Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah malam.

No comments: