Tuesday, July 22, 2008

Fragmen 6: Racun Diri (imbas kembali)

* * *
Jarum jam tangannya menunjukkan waktu telah melewati tengah malam.
Kokokan ayam kedengaran sahut menyahut untuk menyambut pagi yang bakal menjelang.
Suhu di waktu pagi memang sejuk tambahan pula jika berada di kawasan tanah tinggi.
Shawal memandang jauh ke bawah bukit untuk menikmati suasana di penghujung malam.Tompokan
cahaya kelihatan mewarnai kepekatan malam. Nun jauh di ibukota,, kelihatan gagah berdiri menara
KLCC yang mencorakkan warna keindahan neon kota. Sebahagian penghuni kota mungkin enak di
buai mimpi dan ada juga penghuni kota yang menggunakan kesempatan malam untuk mencari rezeki
bagi menyara kehidupan seharian. Bagi Shawal, rezeki yang mencurah-curah sebagai Pereka Seni
Grafik di sebuah syarikat multimedia terkenal tidak mengkehendakinya untuk mengerah keringat
seperti orang lain.
Shawal merenung ke arah cahaya yang masih belum padam. Dia tahu,malam ini merupakan malam
yang amat bererti baginya dan juga bagi Elissa. Rasanya sudah terlewat untuk dia menyesali tindakan
yang telah di ambil olehnya. Dia tahu,Elissa tentu akan lebih kecewa jika mengetahui perkara sebenar
yang akan berlaku terhadap kebahagian mereka malam ini.
Enjin keretanya masih lagi berbunyi. Udara dari pendingin hawa kereta yang memberi keselesaan
baginya bagaikan hembusan wap panas dari cerek yang memanaskan suasana malamnya. Dia resah dan
rasa bersalah. Atas alasan untuk membulatkan tekadnya,Shawal perlu berdepan dengan tindakan yang
di ambilnya.
Di tangannya,sekuntum mawar merah yang masih lagi mekar di pembalutnya.Mawar itu
membayangkan senyuman Elissa yang menanti kehadirannya malam ini.
Bersama alunan suara dari pembesar suara keretanya. Dia makin rasa bersalah dan jika termampu
baginya biarlah dunia akan melupakan malam ini.
“Elissa jika kau tahu apa sebenarnya tersembunyi di dalam hati ku , kau pasti menangis”
“Maafkan Elissa,Shawal.”Itulah ungkapan yang telah ini merubah segalanya.
“Aku sudah lama maafkan kau. Tapi..biarlah semuanya akan berakhir malam ini..”
“Maafkan Abang..Elissa” Shawal kini meracun dirinya. Tetapi tindakan ini juga selamanya akan
meracun diri Elissa.
*********************