Sunday, July 27, 2008

Fragmen 7: Kembali Tersenyum.

Deruan kereta memecah kesunyian Puncak Angsana. Bunyi enjin terus meraung menyusuri jalan yang tidak berturap itu. Kiri kanan jalan dipenuhi batuan kerikil halus dan pepohon renek. Jarak penglihatan dibataskan dengan kabus yang menebal dan cuaca di sini lebih sejuk dari permulaan dakian dari pintu gerbang ke puncak bukit. Hampir 15 minit perjalanan, kini tersergam indah 3 blok apartment 20 tingkat yang mengadap ke arah ibukota melalui jalan Ampang.Elissa bagaikan tidak percaya bahawa,5 tahun dahulu ianya sebuah kawasan penempatan setinggan di atas bukit, kini bertukar status menjadi satu kawasan yang indah dan mewah,bagaikan sebuah syurga di singgahsana.
Rata-rata penduduk sini adalah sekarang adalah penduduk asal kawasan setempat yang mendapat hasil pampasan akibat pembangunan di lereng bukit. Dahulunya mereka ini menyara hidup dengan berniaga kecil-kecilan di pekan, kini ada yang mampu memiliki kereta proton perdana V6 hasil pajakan tanah untuk tanaman buah naga. Inilah yang dinamakan pertanian untuk perniagaan.Walaupun keringat hasil usaha orang lain,tapi agihan tetap dinikmati oleh tuan tanah.
Elissa menyusap kepala Daniel yang dari tadi asyik yang dibuai mimpi. Sambil mencium ubun-ubun rambut Daniel,air mata tidak tertahan lagi, perlahan-lahan mengalir ke pipi dan menitis ke rambut Daniel. Daniel mula rasa tidak selesa , air mata Elissa mula menitis membasahi rambut Daniel. Elissa segera mengesat air matanya dan menyapu ubun-ubun Daniel yang mula basah. Daniel kembali berdengkur kecil dan menyambung tidurnya. Elissa mula tersenyum bersama kuntuman senyum Daniel yang mula mekar.
Hati Elissa kian mekar rindunya melihat wajah anak Daniel saling tak tumpah seperti wajah ayahnya dan kuntuman senyum tadi mula pudar. Dia berpesan pada dirinya,biarlah sekembalinya dia ke Malaysia tidak lagi disambut airmata dan biarlah semuanya berakhir noktah. Setiap tangisan lalu biarlah semua akan bermula dengan indahnya senyuman Daniel.
Rontaan perasaan lalu biarlah diselimut kembali dengan kabus malam dan lamunan perasaannya mula terhenti bersama deruan enjin yang telah dimatikan. "Aku dah sampai". Elissa dengan perlahan-lahan melonggarkan pelukan Daniel dan meletakkan kembali tubuh kecil itu di kusyen.
"Jom Lis! Welcome to my new rumah!
" Pandai juga engkau berbahasa omputih sekarang ni?" sindir Elissa
Yelah! Siapa la aku ni. Sekolah pun darjah 5,tak macam kau Lis, belajar kat England." Usikan Fatin disulami dengan senyuman Elissa. Inilah kali kedua Fatin membuat aku kembali tersenyum.

No comments: