Monday, July 28, 2008

Fragmen 8: Cerita Kita

Kereta yang dipandu Fatin kemudiannya perlahan-lahan memasuki petak parking yang terletak di tingkat bawah. Sambil mengemas kusyen belakang, dia mengambil beg sandang dan juga beg bagasi Elissa di dalam bonet. Elissa tercegat di pintu lift sambil mendukung Daniel. Daniel masih lagi lena di ulit mimpinya sambil memeluk erat tengkuk Elissa.Terasa lenguh seluruh badannya akibat beban yang ditanggung."Berat juga Daniel ni" Sambil dia menekan butang lift, Fatin berlari-lari anak ke arahnya. "Dah Settle?" Tanya Elissa sambil menghulurkan tangannya untuk mencapai beg di tangan Fatin. "That ok! biar aku yang bawa,engkau kan tetamu aku, tapi 3 hari aja tau, lebih dari tu, engkau lak kena bawa beg aku nanti." Usik Fatin sambil menekan butang '12'. Seketika kemudian, pintu lift kembali terbuka. Fatin mengeluarkan kunci dari tas tangannya dan dengan berhati-hati membuka mangga kunci.Dia risau takut kelibat mereka menganggu jiran-jiran yang sudah lama tidur. Masing-masing perlu rehat yang cukup untuk meneruskan hari esok yang belum menjanjikan suatu yang pasti. Kebanyakkan jirannya berniaga di kawasan pasar berhampiran jalan besar. Seawal 4 pagi mereka sudah bersiap-siap bagi mencari rezeki untuk sesuap nasi. Ada juga dikalangan jirannya bekerja di kilang berhampiran. Sesekali di hujung minggu,dapat juga dia bertanya khabar dan beramah mesra dengan mereka, manakala di hari-hari biasa masing-masing sibuk dengan urusan seharian.Inilah rutin hidup di ibukota.Semuanya sibuk dan menyesakkan.
Fatin meletakkan beg Elissa di tepi sofa dan menyalakan lampu di ruang tamu.
Elissa terpegun."Cantiknya rumah engkau! Macam kondominium ni." Elissa bagaikan terpaku melihat hiasan yang tersusun indah,semuanya hiasan dalam rumah ini sempurna di matanya. Hati tertambat melihat tata rias yang di serikan dengan warna biru kegemarannya. Di hujung ruang tamu tersusun rapi novel dan majalah. Bagaikan sebuah perpustakaan mini. Fatin tersenyum melihat gelagat rakannya yang terpaku melihat hiasan dalaman rumahnya. Dia tahu Elissa sudah lama rindu untuk pulang dan kini hatinya makin berbunga ceria melihat rakan baiknya gembira dapat bertamu di singgahsananya. Fatin mengambil kembali Daniel dalam pelukkan Elissa dan kemudiannya hilang dalam bilik bersebelahan ruang membaca itu. Mungkin ingin menidurkan kembali Daniel yang terjaga akibat terik suluhan lampu kalimantang di ruang tamu. Seketika kemudian Fatin kembali ke ruang tengah rumahnya sambil memerhati Elissa yang sibuk membelek buku dan novel koleksinya di ruang membaca. Kau masih tak berubah Lis! Pantang tengok buku.
"Fatin,kau masih simpan buku-buku kita ni semua.Tak semak ke rumah kau dengan buku-buku yang bertimbun ni?" Soal Elissa sambil menyusun kembali buku yang dia ambil dari raknya.
"Taklah,lagipun nanti Daniel dah besar,boleh baca buku-buku ni semua?"
Elissa mengiyakannya dalam hati. Dia mengangguk-angguk bersetuju dengan pendapat Fatin.
Tetiba hatinya tertambat kembali pada sebuah buku kuning di rak.
Kau masih simpan buku ni,Fat?"
Fatin mengangguk dan mendekati Elissa." Banyak nostalgia yang kita simpan bersama kawan-kawan dengan buku ni,tak sampai hati aku nak buang."
Mereka sama-sama membelek buku kuning yang sudah berkulit usang.
Sebuah buku yang tertulis "Skrip Drama: Cerita Kita".
Elissa dan Fatin bagaikan dibawa kembali mengimbau kenangan mereka suatu masa dahulu di Universiti.
Semuanya indah suatu masa dahulu. Dan hari ini juga membawa penceritaan untuk esok hari.
****

No comments: