Tuesday, July 29, 2008

Fragmen 9: Nur Shawal

Ibu kota kembali dengan keriuhannya. Keriuhan itu makin membingit rasa apabila jam tepat menunjukkan pukul 2 petang. Ini menandakan waktu rehat tengahari telah tamat. Seperti penyagak Diesel tersenyum puas melihat tangki lorinya terisi penuh, seperti itu juga kita yang tersenyum puas mengisi perut yang sudah tersedia penuh. Alhamdulillah!
Keriuhan tadi kian sepi dan beberapa ketika kemudian,ibukota kembali tenang.
Episod kedua kini bermula. Perut sudah di isi,tanggungjawab harus di galas.
Shawal masih lagi diam. Tidak bergerak. Masih dibangkunya sambil memegang gelas di tangan. Dia bagaikan tidak menghirau kesibukan di Pasar Seni. Mulutnya tertutup rapat sambil sesekali sekala membuka mulut untuk menghirup air milo kegemarannya. Tidak ada apa yang harus dia kejar, biarlah manusia lain sibuk dengan urusan mereka, dia juga tetap bisu dan sepi. Milo di cawan masih berbaki. Sudah 30 minit dia di situ. Hatinya berbekas rasa resah, menanti kelibat rakannya yang belum tiba.
"Shawal, kau tunggu dekat sini, aku nak gi McD jab. Ada apa-apa yang kau nak pesan? Big Mac?" Shawal mengelengkan kepala.
"Takpalah, orderkan milo untuk aku aja." pinta Shawal sambil membetulkan kaca matanya.
" Mamak milo satu, letak sini.kawan saya mau minum." Pinta Azli dan terus bergegas keluar dan dan kemudiannya hilang.
"Cis! Aku suruh beli milo kat McD, kat mamak pulak ni dia order." Geleng Shawal sambil mengangguk. Geleng kerana telatah rakannya dan mengangguk kerana milo yang di pesan.
Sampai hati Azli tinggalkan dia kat kedai mamak ni.
Shawal dan Azli hari ini terpaksa turun nak pejabat kerajaan dan juga bank untuk mengesahkan permohonan pinjaman mereka.Sehingga kini,harapan dan hasilnya belum pasti. Tebal kulit muka mereka menahan malu, rayuan mereka tetap tidak di endahkan oleh pihak berkaitan. Pinjaman ini atas namanya dan mujurlah Azli sudi menemani dirinya untuk meyakinkan pihak bank bagi memberi pinjaman perniagaan. Adalah sesuatu yang agak mengecewakan jika layanan yang diberikan tidak seadilnya kepada insan yang istimewa sepertinya.
Dia rela mati daripada mengemis untuk mengharapkan ehsan orang lain.
Biarlah dia terus mencuba walaupun ada kata-kata sinis menyuruhnyanya supaya putus asa dan mencuba kaedah lain untuk mencapai hasratnya. Dia tetap tegar.
Baginya,tiada jalan pintas untuk berjaya dan rezeki daripada-Nya adalah untuk semua.
Kita sebagai hamba-Nya harus berdoa dan terus mencuba. Mungkin ada rezeki untuk kita. Mungkin juga hari ini atau esok.
Dia harus merencanakan masa depannya yang sudah lama gelap dan kini dia ingin mencari sinar. Mungkin Nur Shawal ada padanya.

"Sorry bro, lambat!Jom balik,aku tapau Big Mac untuk kau!" Lamuanan tersentak.Suara garau Azli tetiba mengganggu.
Dan Shawal mengangguk lagi. "Jom!"
Azli mencapai tangan Shawal dan dibahu kirinya menggalas beg Shawal.
"Aku lambat tadi sebab ramai sangat orang kat sana, ada rombongan sekolah buat lawatan kat McD."
Shawal tersenyum dan mengiyakan aja. Dia tak pasti samada benar atau tidak alasan rakannya itu. Iyakan aja. Lagipun Azli sorang lah rakanya yang sejati yang sanggup menemaninya dalam suka dan duka. Sejak peristiwa yang lalu,banyak perkara dan aktivitinya telah terbatas. Jika hendak ke mana-mana harus berteman. Jika tidak, tentu sulit baginya untuk bergerak.
Selepas kemalangan itu, hampir 8 bulan dia terlantar di hospital. Kini pun dia belum betul-betul sembuh. Masih bertongkat dan yang paling merisaukannya, penglihatannya kian kabur dan memerlukan bantuan orang untuk bergerak ke mana-mana. Dia perlu memakai kaca mata hitam atas nasihat doktor dan berdasarkan pemeriksaan perubatan,dia mungkin akan sembuh sepenuhnya. Cuma masa yang menentukan.
Walaupun harapannya untuk sembuh cuma 50-50, ianya tetap sebuah sinar dalam menyuluh jalan gelitanya.
Seperti kata Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein dalam novelnya Imam.

" Perubahan itu seperti cahaya dalam sebuah ruang kosong di dalam kotak hitam,biarpun seseni zarah pun lubang,iannya tetap akan menerobos keluar."

Dan cahaya itu untuk melihat kembali duniaNya.

No comments: