Monday, August 4, 2008

Fragmen 10: Kasih Semalam

"Pak Long tak pernah halang kau berkawan dengan sesiapa, tapi kau kena tahu batas-batas agama.Jangan sampai nanti Pak Long dengar yang bukan-bukan dari jiran sekeliling ni.Pak Long anggap Fatin macam anak Pak Long sendiri dan Pak Long taknak Fatin persiakan hidup Fatin demi orang lain." Fatin tetap diam. Dia tahu nasihat Pak Longnya atas kesalahan pulang lewat. Dia pulang lewat kerana kerana mengikut rakan-rakannya menyambut ulang tahun kelahiran kenalan rapat mereka di Gombak. Dia mengaku salahnya tidak memberitahu ke mana destinasinya malam itu dan memberi resah pada Pak Long kerana risaukan keselamatannya.
Teguran demi teguran kini singgah ditelinganya.
Fatin masih diam membisu.Dia tunduk tanpa mengiyakan atau menidakkan teguran Pak Longnya.
Setelah pemergian ayahnya,dia terpaksa menumpang teduhan dan kasih sayang bersama keluarga Elissa.
Pak Long lah yang banyak mengajar tentang kematangan dan nilai kasih tika dia terumbang ambing mencari identiti diri.Remaja seusianya terlalu mengikut perasaan dan acap kali dia tewas
bersama perasaannya yang kosong dan sepi tanpa kasih sayang seorang ayah dan ibu.
Ayahnya telah meninggal dunia manakala ibunya pula kini berkahwin lain dan telah menetap di Johor Bharu dan bahagia bersama kasih yang baru.
Dia membantah perkahwinan ibunya dan sejak itu dia berputus kasihnya dengan ibunya.
Walaupun begitu sayangnya pada ibunya tetap utuh. Cuma rajuk hatinya masih tegar.

Sejak pemergian ibunya mengikut ayah tirinya berpindah ke Johor Bharu,dia lebih selesa mendampingi keluarga Pak Longnya yang juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Elissa.
Elissa hampir seusia dengannya menjadi rakan dan saudara kepadanya.
Semua rontaan perasaan,suka dan duka diluahkan pada Elissa.
Tapi semua ini telah berubah.
Kini gilirannya pula menjadi tempat teduhan Elissa. Pak Long telah lama meninggal dunia s dan yang masih berbekas dalam dirinya adalah setiap teguran dan nasihat Pak Long suatu ketika dulu.Itu kasih semalam,kasih kini dia harus merawat luka Elissa yang kian sembuh.

Elissa tertidur di sofa. Mungkin penat seharian perjalanan.
Fatin tahu terlalu banyak penderitaan Elissa dan biarlah satu persatu penderitaan itu hilang parutnya.Biar kasih semalam terus berlalu. Elissa harus terus dibuai mimpi agar bangunnya nanti memberi sinar baru untuknya.
Fatin memberatkan langkah bersama lampu tidur yang mula padam.Hari ini telah berlabuh tirainya.

No comments: