Wednesday, August 6, 2008

Fragmen 11: Tentang Suatu

Mentari mula melabuhkan sinarnya.
Malam mencuri cahayanya. Dan yang tinggal hanya garisan halus bercahaya menutup awan yang kelam tanpa cahaya bintang. Malam telah lama datang.
Shawal menyusun baju yang dilipatnya di almari pakaian.
Baju dan seluar di asingkan dan hanya pakaian dalam diletakkan sekali di aras paling bawah.
"Hahh! "Dia mengeluh. Banyak perkara tidak mampu dilakukannya sejak kemalangan itu. Apa yang dahulunya mudah kini menjadi semakin rumit. Penglihatannya hari demi hari makin kabur dan setiap hari juga dia berpesan pada dirinya agar terus gigih dan kuatkan semangat. Putus asa bukan sesuatu yang harus disoalkan pada dirinya ketika hari-hari mendatang belum pasti. Dr Zaidi tidak dapat meramalkan apa-apa, hanya masa menentukan samada dia akan sembuh atau sebaliknya. Disebalik usaha dan tawakal, yang tinggal cuma doa dan harapan untuk teruskan perjalanan hidupnya. Bagi Shawal, setiap langkah yang diatur olehnya di muka bumi adalah pementasan yang harus dilakonkan olehnya. Setipa gerak gerinya ada dalam skrip dan semua itu memerlukan seorang hamba Allah yang akan memegang watak masing-masing di dunia.
Shawal pernah bertanya pada dirinya.
" Kenapa aku dipilih oleh Allah untuk terus hidup? Kenapa Allah tak biarkan aku mati dan seharusnya dengupan jantung itu sudah terhenti.Apa lagi yang aku harus hadapi?"
Itulah ucapan yang terkeluar dari mulutnya ketika terjaga dari koma selepas kemalangan yang menimpanya. Sudah lima tahun dia bergelut dengan perasaan duka dan hari-harinya merupakan satu proses pemulihan yang panjang untuk melupakan wajah-wajah makin dia rindukan. Kini dia ingin bangun kembali dan harapannya agar dunia ceria dan indah mula menerima dia kembali.
Dia masih ingat lagi bait-bait yang dihafalnya ketika melakonkan watak seorang pemuda yang hidup dipenuhi dengan ironi kehidupan dan gah berdiri untuk mengejar kejayaaan. Pementasan itu juga menemukannya dengan orang dia cintai.
"Setiap hari aku akan lakukan sesuatu yang mengembirakan diri ku dan dirinya. Aku hidup kerana izinNya dan membenarkan cinta-cinta itu datang ketika aku sedar hadirnya. Jika aku pergi selamanya biarlah matiku kerana memiliki kedua-duanya."
Cinta Pertama ku adalah Allah s.w.t dan cinta keduaku adalah Elissa.
Seperti apa yang tertulis dalam skrip pementasan drama "Cerita Kita" itu. Dia harus melakonkan kembali watak itu dunia yang nyata.Semua itu adalah tentang suatu dalam dunia kita.
Dan sayup kedengaran dari pembesar suara surau berhampiran
Bacaan ayat al-Quran dimulakan.
Semua lamunan ini bagaikan tersentak seketika. Dan Shawal mula mengarukan kepalanya.
"Alamak! dah nak masuk waktu Subuh, tak sembahyang Isyak lagi aku rupanya aku ni."
Shawal mula sedar akan dosanya dan kini terkial-kial bangun ke bilik air. Dosa hari ini makin bertambah dan dosa semalam akan terpadam bagi manusia selagi pintu taubat masih terbuka. Shawal mencapai tuala mandinya dan seketika kemudian terdengar percikan air di dalam bilik mandinya. Shawal mengambil wuduk dan menunaikan solat Isyak.
15 minit kemudian kedengaran azan dialunkan. Hari baru telah bermula,tapi bagi Shawal hari ini seperti hari semalam.
Pasti ini akan menceritakan tentang suatu. Sesuatu yang sempurna untuk semua dia ceritakan kepada kita.

No comments: