Wednesday, August 6, 2008

Fragmen 12: Satu Hari Lagi (Imbas kembali)

"Shawal, kau tak gabra ka? Ishk aku mcm taknak berlakon la,kau boleh suruh orang lain ganti aku tak?" Pinta Azli sambil berkumit-kumit menghafal bait-bait perkataan yang terkandung dalam skrip di tangannya.
"Banyak la kau, kau yang ajak aku datang audition, ni nak bagi alasan pulak. Takut la! Tak hafal skrip la! Kalau kau nak jadi popular, kena la berani sahut cabaran.Kita kena buat orang kenal siapa kita lepas ni." Tenang Shawal sambil meredakan perasaan rakan baiknya.Tapi siapa tahu, jantungnya umpama mengepam air di empangan dengan kuasa turbo kereta Honda 2000cc. Debaran makin kuat tika melihat rakannya tidak keruan menahan rasa gementar. Tapak tangannya sudah berpeluh.Cuma riak wajahnya masih mampu menahan gelora perasaan. Dia tetap 'cool '.
"Kau tak takut ka? Aku tengok kau rileks aja." Soal Azli sambil sesekali mengerling ke barisan kerusi di kanan pentas. Dipenuhi dengan wajah-wajah yang tidak dikenalinya.
Hari ini merupakan hari pemilihan watak-watak utama untuk pementasan drama sempena pertandingan drama peringkat universiti.
Shawal dan Azli mencuba nasib mereka.Ada nasib,mungkin mereka akan terpilih.
Seperti kata Azli ketika meriya mengajak Shawal. "Janji dapat berlakon sudah la,tentu ramai awek yang nak berkenalan ngan kita nanti."
Fikiran Shawal kian berserabut dengan telatah Azli.
"Woi! Cool la! Malu kalau diorang tahu kita gabra mcm ni.Satu hari lagi aja ni! Lepas tu kita tunggu aja keputusan dapat atau tak."
"Kau cakap pandai la, aku ni hafal skrip pun ingat-ingat lupa ni."
"Dah! hafal aja la.Aku pun sama tau, ni semua Elissa punya pasal la." Shawal mula menyalahkan Elissa sedangkan semua ini berpunca dari kesilapan perkiraan mereka sendiri.
"Yelah! Yelah!" Azli mula tunduk dan merenung kembali skrip ditangan.
Shawal juga terdiam. Hatinya yang bergemuruh mula tenang.
Demi Elissa,satu hari lagi.Lepas ni tentu Elissa tahu siapa aku"
Shawal tersenyum.Cabaran memiliki Elissa disahut dengan penuh rasa 'kejantanan' dan yang pasti dia takkan tertewas. Mengikut perancangan,dia dan azli akan cuba memohon menjadi perlakon tambahan dan disamping itu mereka akan mendapat peluang untuk mendampingi kumpulan membuat prop yang diketuai oleh sepupunya sendiri,Zahid. Dalam kumpulan Zahid,Elissa berperanan sebagai pereka pentas. Cara terbaik untuk mendampingi Elissa ialah dengan terlibat secara langsung dalam pementasan drama itu. Perancangan Shawal hanya diketahui oleh Azli,Zahid dan Shaiful ataupun nama samarannya 'Cik Pun'. Cik Pun yang mencabarnya supaya masuk 'line'. Dia menerima cabaran itu.
Shawal asyik berkhayal dalam di dunia tanpa menyedari gilirannya sudah sampai.
"Aku akan memiliki Elissa walaupun terpaksa jadi pak pacak dalam drama ini.Ha! Ha!" Shawal masih terawang-awang dalam dunianya dan tiba-tiba...
"En Syed Muhammad Shawal Syed Zakaria,sila naik atas pentas."
"Alamak! turn aku!"

No comments: