Wednesday, January 14, 2009

Fragmen 18: Persoalan Itu!

Sesi pertama kini bermula.
Hampir lima minit Shawal menanti di atas kerusi empuk di bilik hawa dingin.Kelibat Dr.Chandra belum kelihatan. Pintu kemudiannya dibuka.Senyuman Dr.Chandra menghilangkan resah dihatinya. Dr.Chandra menghulurkan tangannya berjabat salam dengan Shawal sambil
mengeluarkan dokumen yang tersimpan di dalam fail yang dibawanya. Sambil membeleknya sepintas lalu,dia menyerahkannya kepada Shawal.
"En. Shawal,pihak kami telah berpuas hati dengan hasil penilaian yang telah kami lakukan terhadap En. Shawal,cuma masih terdapat perlbagai persoalan yang belum terjawab dan harapan kami agar En.Shawal menjawab dengar sejujurnya pertanyaan kami ini. Boleh? Semua itu ada tertulis pada borang ditangan En.Shawal"
"Kalau soalan itu membantu dalam proses penilaian ini, saya sedia membantu" Jawab Shawal sambil membelek borang yang diserahkan oleh Dr. Chandra. Banyak butiran yang perlu diisi dan dibenak fikirannya masih belum jelas,apa yang akan ditanya oleh Dr.Chandra.Semua yang terkandung dalam dokumen itu terlalu rumit untuk diperhalusi. Setiap baris perkataan di bacanya dan matanya kini tertumpu kepada tulisan yang ditaip dalam font italic

"Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan dan kesilapan yang akan berlaku,sebarang tuntutan atas kesilapan,kemalangan ataupun kecuaian pihak kami atau pihak ketiga adalah menjadi tanggungjawab penama itu sendiri.Sebarang urusan berkaitan tindakan undang-undang ataupun jaminan-jaminan lain mestilah merujuk kepada syarat-syarat yang dilampirkan"

Tiada apa yang harus dirisaukan oleh En.Chandra kalau soalan ini yang akan ditanya.

"Maksud En.Chandra, kalau ada kemalangan atau kecuaian,pihak hospital tak bertanggungjawab ker?"
"Ohh!! Itu bukan soalan yang akan saya tanya, perkara itu hanya prosedur biasa jika berurusan dengan pihak kami. Lagipun syarat-syarat itu tidak merugikan mana-mana pihak dan jika berlaku sebarang kemungkinan buruk pun,En Shawal masih dilindungi insuran peribadi . So tiada banyak masalah bagi pihak En.Shawal." Jawab Dr.Chandra sambil menampakkan barisan gigi yang putih. Sambil menyisirkan rambut yang mula menutup dahinya,dia menyambung bicara.
"Sebenarnya pihak kami ingin mengetahui sejelasnya bagaimana kemalangan itu berlaku dan kenapa pihak kami masih gagal menghubungi isteri En.Shawal selepas kemalangan itu?"
" Isteri saya masih hidup?"

1 comment:

Amy Ikram said...

salam...
am sentiasa mengikuti blog nie.. huhuhu