Monday, August 11, 2008

Fragmen 13: Jika Kau Tahu Hadirnya (Imbas Kembali)

“Aku..ku terlalu mencintai mu
Terlebih ku mengilakan mu..salahkah ku..
Hingga ku tak tahu arah hidup…
Aku telah buta kerana mu..
Tolong aku
Ku lelaki yang tak bisa menanggis..
Apa yang aku bisa lakukan..
Aku terlalu menginginkan mu”

Puuk!!! Aduh! Sakitnya..Puuuk! Sekali lagi buku itu singgah dikepalaku..
Hoi! Aku penat-penat buat kerja..kau boleh rileks pulak..tidur pulak tu
Ala! Rileks la..aku nak dapat feel ni.Kau ingat senang ka nak masuk line.
Sebelum kita nak berjaya dengan apa yang kita usahakan,kita kena hayati apa yang akan kita lakukan ni. Omputih cakap cari feel dulu.
Itu baru namanya cinta.Kau pernah merasai cinta Zahid ?Segalanya indah dan semua sempurna kalau cinta itu milik kita. Dan tentunya makin sempurna jika cinta aku ini dimiliki oleh Elissa."
Shawal menyusun kata-kata indah sambil mendengar sebuah lagu dari kumpulan penyanyi dari indonesia di radio. Dia tidak tahu siapa penyanyinya.

Kau betul-betul ker nak mengorat minah tu. Dia high taste wei! "Soal Zahid ingikan kepastian.Dia mengetahui perancangan Shawal dan Azli berlakon drama hanya kerana Elissa. Kerja gila kerana seorang gadis yang belum tentu luluh hatinya menerima cinta Shawal.

Dengan skrip drama tangan di berlalu pergi membiarkan Zahid menyoal tindakannya itu.
Sambil membelakangi Zahid,Shawal menguntum seribu senyum sambil memalingkan wajahnya.
"Zahid, terima kasih sebab sudi tolong aku! aku takkan lupa jasa kau. Minggu depan aku dan Azli akan mencuba nasib kami. Kalau ada rezeki,dapatlah kami berlakon dalam produksi kau.

"That ok! Good Luck tau! Jangan lupa setiap perkataan yang tertulis kat situ. Semua tu adalah ayat-ayat power untuk tackle Elissa." Zahid mengangkat tangan sambil membalas senyuman Shawal.Bestnya! tak sabar aku nak tengok Shawal berlakon. Tentu gempak ni! Dia terus ketawa sehingga Shawal hilang disebalik tangga yang dituruninya.

******
Haaaa!! kan aku dah cakap!...tentu takkan dapat punya..engkau beriya sangat nak berlakon.Kan dah malu kita sebab tersilap baca skrip tadi."Marah Azli sambil menyumpah seranah orang yang mengetawakannya seketika tadi. Next time siap la diorang termasuk la sepupu kau tu." Marah Azli belum reda.
"Jangan la marah , aku mana tau skrip yang aku ambil dari Zahid tu bukan skrip drama ni. Patut la cover depan skrip ni lain aja.Aku pun tak tau salah siapa sebenarnya,Jangan la marah beb!"pujuk Shawal sambil tunduk menahan malu ketika mereka berlalu keluar melalui pinta belakang dewan kuliah 3.
"Yelah! sekurangnya kau kena tanya dulu diorang drama apa yang kita kena lakonkan.Ni engkau main rembat aja skrip kat tangan Zahid." Azli belum puas memarahi Shawal. Dan selepas ni giliran Zahid pula untuk dilepaskan semua dendam yang berbuku di hati.
"He..he..sorry Lie,lagipun aku rasa ok juga lakonan kita tadi, ramai orang ketawakan kita.Kira menjadi la tu!"
"Menjadi apa nyer! aku sepak kang!" Azli menggugut untuk menggunakan tindakan fizikal terhadap Shawal. Ketawa Shawal kian galak!
"Jom balik! dalam perjalanan balik nanti aku belanja mee goreng mamak kat Salam! Apa macam?"
"Kau ingat mee goreng boleh buat aku lupa semua ni, lepas makan nanti aku sambung marah kau.Jom!
Azli mula terjerat dengan sogokannya. Selepas ini dia perlu berjumpa Zahid untuk meminta penjelasannya. Memang mangkuk punya sepupu.
Dia takkan lupa apa yang berlaku hari ini dan jika Elissa tahu orang yang di ketawakan tadi adalah orang yang bakal menjadi bakal suaminya,tentu dia akan naik ke pentas untuk menyelamatkan aku. Kalau tidak,dia akan dikatakan derhaka pada suami.
Siap la kau Zahid malam ni, kau bagi skrip drama "Tun Teja" kat aku ye. Biar aku jadi Hang Tuah untuk membalas dendam bagi pihak Tun Teja.Semua peristiwa itu akan aku dan Azli ingati sampai mati. Kami dimalukan hanya kerana watak yang perlu kami bawa adalah seorang lelaki yang mendambakan seorang wanita dan bukan Hang Tuah yang akan meminang Tun Teja.
Arkh!!

Wednesday, August 6, 2008

Fragmen 12: Satu Hari Lagi (Imbas kembali)

"Shawal, kau tak gabra ka? Ishk aku mcm taknak berlakon la,kau boleh suruh orang lain ganti aku tak?" Pinta Azli sambil berkumit-kumit menghafal bait-bait perkataan yang terkandung dalam skrip di tangannya.
"Banyak la kau, kau yang ajak aku datang audition, ni nak bagi alasan pulak. Takut la! Tak hafal skrip la! Kalau kau nak jadi popular, kena la berani sahut cabaran.Kita kena buat orang kenal siapa kita lepas ni." Tenang Shawal sambil meredakan perasaan rakan baiknya.Tapi siapa tahu, jantungnya umpama mengepam air di empangan dengan kuasa turbo kereta Honda 2000cc. Debaran makin kuat tika melihat rakannya tidak keruan menahan rasa gementar. Tapak tangannya sudah berpeluh.Cuma riak wajahnya masih mampu menahan gelora perasaan. Dia tetap 'cool '.
"Kau tak takut ka? Aku tengok kau rileks aja." Soal Azli sambil sesekali mengerling ke barisan kerusi di kanan pentas. Dipenuhi dengan wajah-wajah yang tidak dikenalinya.
Hari ini merupakan hari pemilihan watak-watak utama untuk pementasan drama sempena pertandingan drama peringkat universiti.
Shawal dan Azli mencuba nasib mereka.Ada nasib,mungkin mereka akan terpilih.
Seperti kata Azli ketika meriya mengajak Shawal. "Janji dapat berlakon sudah la,tentu ramai awek yang nak berkenalan ngan kita nanti."
Fikiran Shawal kian berserabut dengan telatah Azli.
"Woi! Cool la! Malu kalau diorang tahu kita gabra mcm ni.Satu hari lagi aja ni! Lepas tu kita tunggu aja keputusan dapat atau tak."
"Kau cakap pandai la, aku ni hafal skrip pun ingat-ingat lupa ni."
"Dah! hafal aja la.Aku pun sama tau, ni semua Elissa punya pasal la." Shawal mula menyalahkan Elissa sedangkan semua ini berpunca dari kesilapan perkiraan mereka sendiri.
"Yelah! Yelah!" Azli mula tunduk dan merenung kembali skrip ditangan.
Shawal juga terdiam. Hatinya yang bergemuruh mula tenang.
Demi Elissa,satu hari lagi.Lepas ni tentu Elissa tahu siapa aku"
Shawal tersenyum.Cabaran memiliki Elissa disahut dengan penuh rasa 'kejantanan' dan yang pasti dia takkan tertewas. Mengikut perancangan,dia dan azli akan cuba memohon menjadi perlakon tambahan dan disamping itu mereka akan mendapat peluang untuk mendampingi kumpulan membuat prop yang diketuai oleh sepupunya sendiri,Zahid. Dalam kumpulan Zahid,Elissa berperanan sebagai pereka pentas. Cara terbaik untuk mendampingi Elissa ialah dengan terlibat secara langsung dalam pementasan drama itu. Perancangan Shawal hanya diketahui oleh Azli,Zahid dan Shaiful ataupun nama samarannya 'Cik Pun'. Cik Pun yang mencabarnya supaya masuk 'line'. Dia menerima cabaran itu.
Shawal asyik berkhayal dalam di dunia tanpa menyedari gilirannya sudah sampai.
"Aku akan memiliki Elissa walaupun terpaksa jadi pak pacak dalam drama ini.Ha! Ha!" Shawal masih terawang-awang dalam dunianya dan tiba-tiba...
"En Syed Muhammad Shawal Syed Zakaria,sila naik atas pentas."
"Alamak! turn aku!"

Fragmen 11: Tentang Suatu

Mentari mula melabuhkan sinarnya.
Malam mencuri cahayanya. Dan yang tinggal hanya garisan halus bercahaya menutup awan yang kelam tanpa cahaya bintang. Malam telah lama datang.
Shawal menyusun baju yang dilipatnya di almari pakaian.
Baju dan seluar di asingkan dan hanya pakaian dalam diletakkan sekali di aras paling bawah.
"Hahh! "Dia mengeluh. Banyak perkara tidak mampu dilakukannya sejak kemalangan itu. Apa yang dahulunya mudah kini menjadi semakin rumit. Penglihatannya hari demi hari makin kabur dan setiap hari juga dia berpesan pada dirinya agar terus gigih dan kuatkan semangat. Putus asa bukan sesuatu yang harus disoalkan pada dirinya ketika hari-hari mendatang belum pasti. Dr Zaidi tidak dapat meramalkan apa-apa, hanya masa menentukan samada dia akan sembuh atau sebaliknya. Disebalik usaha dan tawakal, yang tinggal cuma doa dan harapan untuk teruskan perjalanan hidupnya. Bagi Shawal, setiap langkah yang diatur olehnya di muka bumi adalah pementasan yang harus dilakonkan olehnya. Setipa gerak gerinya ada dalam skrip dan semua itu memerlukan seorang hamba Allah yang akan memegang watak masing-masing di dunia.
Shawal pernah bertanya pada dirinya.
" Kenapa aku dipilih oleh Allah untuk terus hidup? Kenapa Allah tak biarkan aku mati dan seharusnya dengupan jantung itu sudah terhenti.Apa lagi yang aku harus hadapi?"
Itulah ucapan yang terkeluar dari mulutnya ketika terjaga dari koma selepas kemalangan yang menimpanya. Sudah lima tahun dia bergelut dengan perasaan duka dan hari-harinya merupakan satu proses pemulihan yang panjang untuk melupakan wajah-wajah makin dia rindukan. Kini dia ingin bangun kembali dan harapannya agar dunia ceria dan indah mula menerima dia kembali.
Dia masih ingat lagi bait-bait yang dihafalnya ketika melakonkan watak seorang pemuda yang hidup dipenuhi dengan ironi kehidupan dan gah berdiri untuk mengejar kejayaaan. Pementasan itu juga menemukannya dengan orang dia cintai.
"Setiap hari aku akan lakukan sesuatu yang mengembirakan diri ku dan dirinya. Aku hidup kerana izinNya dan membenarkan cinta-cinta itu datang ketika aku sedar hadirnya. Jika aku pergi selamanya biarlah matiku kerana memiliki kedua-duanya."
Cinta Pertama ku adalah Allah s.w.t dan cinta keduaku adalah Elissa.
Seperti apa yang tertulis dalam skrip pementasan drama "Cerita Kita" itu. Dia harus melakonkan kembali watak itu dunia yang nyata.Semua itu adalah tentang suatu dalam dunia kita.
Dan sayup kedengaran dari pembesar suara surau berhampiran
Bacaan ayat al-Quran dimulakan.
Semua lamunan ini bagaikan tersentak seketika. Dan Shawal mula mengarukan kepalanya.
"Alamak! dah nak masuk waktu Subuh, tak sembahyang Isyak lagi aku rupanya aku ni."
Shawal mula sedar akan dosanya dan kini terkial-kial bangun ke bilik air. Dosa hari ini makin bertambah dan dosa semalam akan terpadam bagi manusia selagi pintu taubat masih terbuka. Shawal mencapai tuala mandinya dan seketika kemudian terdengar percikan air di dalam bilik mandinya. Shawal mengambil wuduk dan menunaikan solat Isyak.
15 minit kemudian kedengaran azan dialunkan. Hari baru telah bermula,tapi bagi Shawal hari ini seperti hari semalam.
Pasti ini akan menceritakan tentang suatu. Sesuatu yang sempurna untuk semua dia ceritakan kepada kita.

Monday, August 4, 2008

Fragmen 10: Kasih Semalam

"Pak Long tak pernah halang kau berkawan dengan sesiapa, tapi kau kena tahu batas-batas agama.Jangan sampai nanti Pak Long dengar yang bukan-bukan dari jiran sekeliling ni.Pak Long anggap Fatin macam anak Pak Long sendiri dan Pak Long taknak Fatin persiakan hidup Fatin demi orang lain." Fatin tetap diam. Dia tahu nasihat Pak Longnya atas kesalahan pulang lewat. Dia pulang lewat kerana kerana mengikut rakan-rakannya menyambut ulang tahun kelahiran kenalan rapat mereka di Gombak. Dia mengaku salahnya tidak memberitahu ke mana destinasinya malam itu dan memberi resah pada Pak Long kerana risaukan keselamatannya.
Teguran demi teguran kini singgah ditelinganya.
Fatin masih diam membisu.Dia tunduk tanpa mengiyakan atau menidakkan teguran Pak Longnya.
Setelah pemergian ayahnya,dia terpaksa menumpang teduhan dan kasih sayang bersama keluarga Elissa.
Pak Long lah yang banyak mengajar tentang kematangan dan nilai kasih tika dia terumbang ambing mencari identiti diri.Remaja seusianya terlalu mengikut perasaan dan acap kali dia tewas
bersama perasaannya yang kosong dan sepi tanpa kasih sayang seorang ayah dan ibu.
Ayahnya telah meninggal dunia manakala ibunya pula kini berkahwin lain dan telah menetap di Johor Bharu dan bahagia bersama kasih yang baru.
Dia membantah perkahwinan ibunya dan sejak itu dia berputus kasihnya dengan ibunya.
Walaupun begitu sayangnya pada ibunya tetap utuh. Cuma rajuk hatinya masih tegar.

Sejak pemergian ibunya mengikut ayah tirinya berpindah ke Johor Bharu,dia lebih selesa mendampingi keluarga Pak Longnya yang juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Elissa.
Elissa hampir seusia dengannya menjadi rakan dan saudara kepadanya.
Semua rontaan perasaan,suka dan duka diluahkan pada Elissa.
Tapi semua ini telah berubah.
Kini gilirannya pula menjadi tempat teduhan Elissa. Pak Long telah lama meninggal dunia s dan yang masih berbekas dalam dirinya adalah setiap teguran dan nasihat Pak Long suatu ketika dulu.Itu kasih semalam,kasih kini dia harus merawat luka Elissa yang kian sembuh.

Elissa tertidur di sofa. Mungkin penat seharian perjalanan.
Fatin tahu terlalu banyak penderitaan Elissa dan biarlah satu persatu penderitaan itu hilang parutnya.Biar kasih semalam terus berlalu. Elissa harus terus dibuai mimpi agar bangunnya nanti memberi sinar baru untuknya.
Fatin memberatkan langkah bersama lampu tidur yang mula padam.Hari ini telah berlabuh tirainya.